Follow Viruspadu

Tuesday, May 03, 2011

Al Kabsah Nasi Arab

Salam uols

Hari tu siapa ek yang cadangkan dekat saya makan makanan arab Al-Kabsah ni. Kedengaran macam sedap. lalu en.laloque pun telah mengajak kitorang anak beranak makan kat sini. Nak rasa jugak sedap ke tidak kan. Padahal saya bukan tahu sangat nak compare rasa macam mana lagi sedap ni, saya belasah aje makan. Kalau nak suruh rasa laksa ke nasi ayam tu maybe la boleh. Yelah makan nasi arab jarang2 berlaku kan.

Besar jugak Al-Kabsah ni, parking pun ada disediakan walaupun tak besar mana, tapi boleh lah.


parking :p

Kedudukan dia kat mana?
En.laloque cakap kat Paroi arah jalan ke bukit putus. korang boleh paham ke kalau direction macam tu je. Kalau x korang kena google map la ye.

Ni antara menu yang saya sempat snap lah. So korang boleh tengok menu dan harga dia. Ok tak?



dan korang boleh pilih nak duduk kat kerusi macam biasa atau pun nak bersila2 gitu


kitorang mesti la nak duduk kat dalam bersila2. bukan sebab nak bersila tapi sebab senang anak2 nak berlari. rasa selamat sikit.


anak kecik ni bukan reti duduk diam ok. paling lama pun boleh duduk senyap saya rasa dalam 5 minit kot. Lepas tu dah kejap nak berdiri atas meja la. tumpahkan air lah. So duduk dalam ni senang.



ini dia pilihan ku :p


Komen saya?

Boleh la... sedap jugak.

cea nampak sangat tak tahu nak rasa. Tapi nasi sedap la. kambing dia pun sedap. cuma saya ni tekak melayu kot bukan tekak arab.

tapi sedap la hahaha

ok. tu je.

kalau korang datang seremban boleh la singgah :)




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

lina said... [Reply to Comments]

Baru je semalam belanja husband mkn nasi arab. Tapi kami makan kat restoran saba cyberjaya. Kak jemah dah try lom restoran ni?

viruspadu said... [Reply to Comments]

@lina

belum pernah try lagi. best tak?

ct N honey said... [Reply to Comments]

selalu juga lalu jln tu,hubby kata sedap,tapi bila nak ajak mkn kat sana selalu penuh aje,..

viruspadu said... [Reply to Comments]

@ct N honey

pegi senja2 tak ramai orang, surau pun ada

* nauzalurun said... [Reply to Comments]

haha cm kenal jek org yg duk belakang jemah tu...jiran sblh umah leh plak enterprame dlm ini gmbr haha...rs mcm nk tunjuk kat dia skang..

suw said... [Reply to Comments]

depan umah saya ni kak hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^