Follow Viruspadu

Friday, May 13, 2011

Anoi kena tahan wad :(

Dari semalam anoi menangis-nangis.

Tapi anoi kan memang kuat menangis kan. So semalam saya anggap dia nangis mintak perhatian je la. Macam biasa. Tapi hari ni nangis dia makin menjadi-jadi plak. Saya pun pelik la kan.

"Papa, ma rasa anoi ni macam ada yang tak kena lah"

Tapi rileks lagi. Dia nangis2 tu saya dukung2 dia. Bawak jenjalan sikit. Tetiba dengar bunyi napas anoi. Lelama makin kuat. Pelik. Sahhhhh lelah la kot ni kan

Apa lagi mengelupurlah kitorang laki bini bersiap. Plan pegi klinik doplohpatjam yang biasa kitorang pegi. Sebab ingatkan lepas amik nep tu terus ok boleh balik. Sekali tak elok2.

Doktor terus tulis surat, suh gi spital. Risau tul, tak terbayang sampai macam tu sekali anoi lelah. Masa ni lah rasa sayu sangat masa bengang2 ingat dia nangis ngengada tu. Rerupanya bebetul dia sakit. Tsk. Nyesal ok.

Kitorang balik rumah dulu. Kemas baju anoi, kemas baju saya, kemas baju nisa. Stenbai la kalau anoi kena tahan, saya jaga anoi la kan. Nisa hantar rumah mertua saya. En.laloque kerja macam biasa :(

So terus gi hospital. Mujur adik bongsu en.laloque kerja (nurse). So senang la kitorang wuwuwuwuw. Sampai2 hospital tadi terus pakai neb lagi sekali. Tengok dada masih berombak. So kena tahan.

Masuk wad. Tengok spo2 (oksigen) anoi 89 mcm tu kot. Terus kena pakai neb 3 kali dalam satu jam. Hambek ko...

Tadi dalam kul 1.30 pagi baru selesai pakai neb. Selesai bagi info kat doktor. Dan baru la anoi dapat tido dengan aman.

Alahaiiii....

Cepat semboh ye anoi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 komen[s]:

Lyana@Mely said... [Reply to Comments]

semoga anoi cepat sembuh...haishhh...memang riso kalo anak2 sakit..ni lah pengorbanan seorang ibu..bila anaknya sakit...

jemput singgah blog yana untuk pilih supplement kesihatan untuk keluarga

syamsiyati said... [Reply to Comments]

anoi asma rupanye...get well soon dear..

kinsyakrn said... [Reply to Comments]

sian Anoi..cepat sembuh ye sayang. Akak pun sama cuai ttg anak ni. Masa birthsday Hanis ke 2 bulan lepas, Hanis tak boleh tidur..2 mlm dok tgk tv katun. Pastu perut Hanis keras, pegi check rupanya ada mslh jantung. Hadoii..kenapalah tak alert awal2..

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

alamai, mumun pun terabaikan blog akak la lately.. huhu..
lambat update yg anoi masuk sepital.. tskk tskkk siannya..
neb 3 kali sejam puhyooo, adik sedara sy bulan lepas masuk sepital neb pun kene 8 jam sekali jer.. tp sekarang dah sembuh kan.. =)
alhamdulillah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^