Follow Viruspadu

Thursday, May 19, 2011

Manja Kakak

Salam

Ye, korang pun dah tahu kan anoi dah keluar hospital sabtu lepas. Itu pun sebab kitorang rikues uols. Padahal doktor kata maybe ahad / isnin baru boleh balik. Tapi tengok keadaan anoi yang dah lasak sangat. Lari sini lari sana. Nak suh saya stay spital dengan keadaan macam tu memang tak la kan. Kang sepanjang malam saya kena kejar anoi kehuluhilir kang hahaha. bising lak wad tu kang. :p

"saya nak rikues balik boleh"
"tapi, ada bunyi sikit lagi, kalau u nak balik kena beli pam bla bla bla, sekarang farmasi tutup bla bla"
"takpe, kitorang beli kat luar"

hahahaha ko tengok! gigih nak balik sangat kan.

Doktor cakap anoi bukan kena lelah / asthma. tapi lebih kepada jangkitan kuman kat tekak sebab lama nau batuk kahak kan. So dia jadi sempit macam tu kot. Sebab tu lah dia macam payah nak bernafas. Saya dengar pun Alhamdulilah lah. Syukur.

Nisa yang merisaui adiknya.

Saya kan balik jemput nisa kan, bawak melawat adiknya. Kitorang siap bawak bekal bubur nasi nenek dari rantau. Tu dia. Kakak nisa sampai2 spital, terus bersila nak suap adik. Saya ada amik video. Tapi tengok nanti kalau ada kesempatan saya share kan :)

"meh dik, meh dik, kakak suapkan"



Alhamdulilah, semuanya dah ok dah

terima kasih atas doa kalian. terima kasih atas ingatan.

dan anonoi korang ni dah sihat dan lasak seperti biasa dah. dan mula menggeramkan mamanya hahaha.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

sayangnye kakak acicot kpd adik anonoi.. sweet! ;)

atty's said... [Reply to Comments]

bagusnya nisa..memang kakak yg bertanggungjawab..

rosealley said... [Reply to Comments]

sweetnya la nisa ngan anoi ni:)

mrs_nazir said... [Reply to Comments]

Alhmd anoi dah sihat..... =).. nisa memang ada tokoh jd kakak mithali...hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^