Follow Viruspadu

Tuesday, May 31, 2011

Ramen

Semalam adalah #sentaphatimaknak sebab beria2 nak makan tenpayaki. pastu singgah la kat jasko maluri. Kemudian merasa hampa yang melampau. Sebab tenpayaki dan bertukar jadi ichiban ramen. tsk tsk tsk AHAHAHAHAHA (bayangkan kumpulan jambu gelak bila tengah marah). Nasib baik la ada menu tenpayaki daging kat ichiban ramen tu. Untuk taknak hampakan diri yang dah berlelah sangat nk makan jadi order je walaupun mahal tak berbaloi. Harga tenpayaki daging+togeh je RM18 kot, pastu nasik putih kira lain. nyampas. kalau kat tempayaki tu sekali satu set tu tak sampai seploh hengget kan, siap dapat sup lagi tu. arghhhhhhh stress acik tau. Nasib sedap dan makan dan Licin hahaha.

saya bila nampak je perkataan ramen. Saya akan otometik terbayangkan NARUTO. siapa sama macam saya??? hehhehe. Saya ni kan pengaruh komek dalam diri sangat menebal. Jadi pengaruh NARUTO dalam diri saya pun menebal. Selalu tengok geram betul naruto makan. macam sedap sangat. TERLAMPAU sedap sangat tak boleh blah!. kat ichiban ni sy tak tengok menu sgt, kan tengah #sentaphatimaknak.

kalau tengok masa bulan puasa lagi tak boleh tahan ni


Sedap tak?
Sedap tak?

slurpppppppp memang tak boleh blah!

Kalau kita nak makan ramen yang mcm naruto makan ni, apa nama dia? hahahaha cemana nak order? kat mana ada jual? halal tak?

Demyu naruto hahahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

MyLara Sarah Cullen said... [Reply to Comments]

haha same la..saye pun hantu naruto.. siyes mmg meleleh je bile tengok dia makan... slurrppp.. kalu kak jem dah ada info kt mane ade yg halal, kasi post sket yek.. mao jugak ^_^

viruspadu said... [Reply to Comments]

@MyLara Sarah Cullen

ok. kalau ada kita kecoh2 ek

sweethOneY said... [Reply to Comments]

sy teringin nk mkn jjangmyun yg mi hitam yg dorang slalu dok mkn dlm cite korea tuuuuuu

hr tu mkn soba kt sushi king, tak boleh blah tak sedap. tp nasi curry dia sedap! saya mkn nasi curry pun sebab pengaruh kartun kan, pengaruh ninja boy. ahahah

Mohamadazhan hjDesa said... [Reply to Comments]

teringinnya nak makan...macam sedap ja..

naruto jadi duta ni.hehe


Perodua Myvi 2011 Menggunakan Enjin 1.5L Bakal Dilancarkan (GambarMenarik)

bonda dadif aka akish said... [Reply to Comments]

daku pon dulu kemaruk gile ngan ichian ramen neh..paling gilak same ngan tom yam ramen..

yummeh tohhh....

mummysyafie said... [Reply to Comments]

VP suka tengok komik ke? alahai..comel nya.

aritu nampak naruto manusia kat himpunan sejuta belia, nak je amik gambar tapi wawan melalak takut.

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

saya akan meleleh tgk ramen bila tgk citer korea. perghhhhhhhhhhh leleh tgk

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

ramyuen/ ramen tu megi je kak jemah oiiiiiiiiiiiiii, megi korea/jepun!!!! hahahhaha saya pon ske makan. kat jasko ada jual. halal la, carik yang for vegetarian. peket die kaler merah. nong shim ke nong shin ke hapa la mcm tu berend nye







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^