Follow Viruspadu

Wednesday, May 04, 2011

Sarapan di tepi pantai

Ini adalah xtvt isnin lepas ni, kebetulan cuti kan. siyesssss memang dalam hati saya adalah kebetulan cuti ahaks. sebab saya tak perasan pun cuti hari isnin. saya sedar cuti pun sebab apa ntah. terus rasa best. bila cuti dan takde apa pun nak bikin. En.laloque telah mengajak kitorang pegi mandi manda laut. dah lama wei tak pegi mandi2 laut wei. sejak nisa kena kuarantin tak boleh pegi laut kot.

So, semangat adalah membara-bara. Terus offer diri untuk masak bekalan bawak pegi pantai. Biasanya payah la nak tengok saya masak bawak bekal kan, biasanya beli je.

"betul ke mama nak masak ni, larat ke ?"
"mama tengah semangat ni, jangan la downkan mama"

hahahaha tengah semangat kata ko kan. malam tu jugak kitorang singgah giant beli bahan2 nak buat nasi lemak.

dan seawal 5.55 pagi saya pun bangun kesorangan (nak jugak buat ayat sedih en.laloque tak teman masak wakakaka, masalahnya perlu ke teman? eceh) dan berkelentang kelentung kat dapor buat nasi lemak. Saya tak pernah belajar buat nasi lemak, cuma saya tahu yang nasi dia kena masak pakai santan, pastu kena ada sambal ikan bilis, kena ada telor dan kacang adalah terlupa nak beli. hihihihih... Maka kita belasahhhhhhhhhhhhhhh...

sempat jugak saya buat dadih malam2 sebelum tido sebab terfikir kalau anak2 buat hal taknak makan nasi kang, atlis ada benda dorang nak makan.

tadaaaaaaa... dah siap. jom kita pegi piknikkkk


pukul 7 saya dah siap semua, gerak pakcik laloque tu bangun untuk siap2 semua dan dalam kul 8.30 tadaaaaaa... disinilah kami. membentang kemah eceh. memasang kemah.


Kemah ni bila kitorang beli?

lama dah! masa memula kawen dulu. lamaaa kan. seb baik elok lagi kondisi dia. En.laloque ni dia cermat sikit simpan barang. ce suruh saya yang simpan. osah dah berkecai dah kot :p

otw ke PD ni anak2 semua tido lagi. kitorang angkut diorang dalam ketiduran dan kecomotan. Tahu2 bangun tido je dah ada tepi pantai dah. Melompat2 la seronok. Dengan taik mata melekat lagi, dengan rambut kusut masainya. Tetap comel di mata saya bila dua2 hepi nampak laut.

nisa snapkan gambo. Saya adalah tidak bermekap apakebende. pucat2 lesi :p Anoi pun mamai-mamai lagi ni. En.laloque tengah pasang kemah.


Bila kemah siap pasang :p

Anoi tak habis2 dengan mamainya, nisa dah cargas dah. masing2 dah geram dah tengok laut.

ok dah tukar bajuuuuuuuuu... tengok rambut nisa... eee rimasnya. kena potong pendek la rambut nisa ni, sbb dia x pandai jaga lagi. main lepas macam tu je. kekadang makan apa2 pun rambut termasuk mulut.



Saya teman anak2 main pasir, rendam2 kaki kejap. Saya tak boleh masuk laut uols. Saya tengah "cuti" okehh. tak sesuai la plek kan. So teman jenjalan je lah. Kendian perut dah kruk krek. Yeayyy... masa untuk makan. tak sabar. part yang paling best dalam piknik adalah makan bekalan yang dibawa kan kan kan

simple but yummeh. yelah air tangan sendiri kan. masak untuk suami dan anak-anak. berdebar2 pulak nak makan rasa sedap ke idak. masa masak langsung tak tahu apa bijik butir rasa dia. gambel je. tapi nasi lemak kan. simple sgt. kalau tak sedap tu memang tangan bangku la tu.

siap bawak air teh ok :p

Alhamdulilah en.laloque nampaknya makan bertambah.
Nisa pun sama.
Cuma anoi je taknak makan nasi, dia nak makan dadih ngan excited nak minum air teh dalam cawan kecik tu haha. sabo je lah.

Lepas kenyang, en.laloque pulak teman anak2 masuk dalam laut mandi manda. saya baring dalam kemah memandang ke langit sambil bukak lagu G6 kat bb ahaks


Kitorang lepak tak lama. dalam kul 10 dah bertolak balik ke rantau. sebab en.laloque tak tahan badan melekit. Maybe sbb air laut ni x berapa bersih kot :(. Gatal2 dia cakap. Kalau dia tak selesa anak-anak apatah lagi. So kemas2 barang terus balik rumah mertua.

Kejap giler kan percutian mandi laut kitorang. Sebab tu saya namakan dia "Sarapan di tepi pantai" je hehe

"ma, percutian kita hari ni memakan belanje RM3 lebih je ma, tu pun sbb duit tol" (jgn kira duit minyak kereta :p)

yeay....




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

10 komen[s]:

Miza Yusof said... [Reply to Comments]

sesekali picnic macam ni dengan keluarga best kan :)

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

seronoknya sarapan tepi pantai,jimat pulak tu hehehe

cikbintang said... [Reply to Comments]

bemsk sdri.pas maen pantai lapa mkn....perghhh

Nor Azian said... [Reply to Comments]

plan last2 minit kdg2 lagi hebat dari plan yg berbulan2. Apa2 pun yg penting kite HEPI.. HEPI...

mun said... [Reply to Comments]

wah...semangat betul nie...bestnya...

yunz_02 said... [Reply to Comments]

anak kedua mmg cargas gamaknya kak jemah.. :)

Jiha said... [Reply to Comments]

Jemah..biasanya kitorg org pd nih tak mandi kat tempat jemah pegi ni..ontah apo sobab..

Klu nk mandi laut, kitorg ke pantai bt4, teluk kemang, pantai batu3 or blue lagoon. Tompek lain kira leh amik angin and main air je laa..

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

besnyerr picnic kak..

antalya said... [Reply to Comments]

lawak lah anoi ni.semua gambo dia muka mamai ekekeke.tp comei

sweethOneY said... [Reply to Comments]

dush sekaliiiiiiiiiiiiiiiii saya tak reti masak nasi lemak. hahahaha. tangan bangku sy ni :P

bestnya umah dekat ngan pantai ekkk sempat pegi nk bfast :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^