Follow Viruspadu

Tuesday, May 10, 2011

Special Buat Ibu

Kaklang sms saya, tanya macam mana nak raikan hari emak. Hari emak kita la. Hari yang membuatkan emak kita gembira. Sambutan hari emak ni bergantung pada niat kita kan, asal niat kita khas untuk buatkan emak kita gembira, bukankah itu menggembirakan. hahaha... ayat berputarputer.

Lalu saya cakap dengan kaklang, kita buat potluck macam hari tu je lah. Jimat belanje sikit kan. Lalu kitorang soksek soksek soksek. Maka deal sabtu jam 8 malam. Kaklang cakap saya kena bawak 3 jenis makanan hahahaha sengal alang ni. Nak bawak satu pun saya dah semput dah. Tapi takpe. Layankan je

Plan: Mihun Sop dan Puding cocktail dah ada dalam hati. tapi satu lagi hape ek? Erm goreng keropok je aci tak? ahaks. Semalam baca blog wildcutecat tengok dia buat popia, mcm best plak hihihihih... lepas ni nak belajar buat popia lah, kedengaran macam senang :p , adib... nak resepi pehlisss. hehehe.

tanya en.laloque lagi satu nak bawak apa. en.laloque cakap takyah la byk sgt, nanti yang lain2 pun bawak, kang banyak sangat tak habis plak. baheklahh! (sukeee)

Memula en.laloque cakap lepas habis maharaja lawak suruh saya buat puding dulu, so lepas habis tu terus kejut en.laloque (dia dah tido) temankan kat dapor saya buat puding, hahaha saya takut lak sesorang kat dapor memalam kan. Dah dia malas nak bangun dia cakap bikin esok pagi je. Saya terus landing zzzzzzzzz la kan. Mata memang dah terkulat2 dah ngantuk.

So pepagi bangun terus mengerjakan puding dengan bantuan dayang2 bertahek mata ini :)




tada dah siap dah.

resepi puding cocktail ni saya baru google malam tu jugak hehehe. nak buat baru nak google kan. Tak tahu apa rasanya, tp patutnya manis la kan hahaha.

dan... mihun sop (ke soto sbnrnya hahaha) ... proses bikin mihun sop x kuasa nak snap

sebelah tu kaklang punya nasi lemak terbaik ok. Punya lah sedap.

ini lak satey daripada akak saya



saya bawak mihun sop ngan puding cocktail tu
kaklang bawak nasi lemak ada 2 jenis sambal, satu sambal ikan bilis, satu lagi sambal jering wooo
akak bawak satey
atam bawak jajan
ida bawak kek
kakcik dalam pantang
sepet bawak perut hahaha

seronok la masa kumpul2 makanan tu.

saya bertolak dari rumah saya dalam kul 6 mcm tu lah, sampai rumah mak dalam kul 6 lebih2 gitu. so lepas tu terus tunggu yang lenlain datang, terus teruja tengok apa dorang bawak hehehe.

Budak2 main game. Dorang xcited nak makan je hahaha


Ibu
Ibu
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
Ibu
Ibu
Engkaulah ratu hatikuuuuuuuuuuuuuu...

Satu kek untuk emak
Satu kek kitorang ibu-ibu kongsi lah. Kitorang pun ibu jugak :)

dan malam itu kitorang tengok AF sambil mulut ngap ngup ngap ngup

Hepi sangat. Moga2 mak pun hepi :)

Kami (anak2 mak) terlalu sayang kan mak.

p/s: mihun sop saya sekali kurang garam daaa... :p patut la tak kick! takpe, janji habis sudah.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

9 komen[s]:

Birufirus.com said... [Reply to Comments]

Wah..best nya masak sendiri...untung kalo semua adik beradik stay dekat2..suka baca blog ni...keep it up...

aLeen aVriL said... [Reply to Comments]

nmpak sedap la kak puding akak tuh...wehuuuu..

best la family akak nih....

sepet xmasak pape pon...ish dia tuh....


ceaaaa ayat kutuk mcm nk bikin panas je..hahahaa

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

seronok mak akak...anak2 celebrate cani...

Suliana said... [Reply to Comments]

bestnye.. say aplak nak wat pot luck manana, kang basi tgh jalan plak nak balik johor jauh.. hehe

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

seronoknya mak kak jem dok dekat2..sy ni nak kena balik kedah nun baru boleh jumpa..isk isk...tingin nak buat makan2 camni..huhuhuhuh

edrina said... [Reply to Comments]

puding itu nampak sgt menarik..mmm nyum nyum.. nak jugak hahahha

ArELeEz said... [Reply to Comments]

klu makan ramai2 kan, mende yg xkick pun buleh abis tau! he3..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

sampai 2 kek lg..best!!

aSmiDar said... [Reply to Comments]

Besnyer...bgus tol kuage ni...bersatu padu...hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^