Follow Viruspadu

Thursday, May 26, 2011

Tajuk Apa ni?

Tak tahu nak letak title apa hahaha. So pedulikkkkk. Entry cerita-cerita takde motip kot.

Ini adalah gambar minggu-minggu lepas kah? lupa dah. Masa saya lapor diri kat tempat baru. So masa tu feeling2 sayu je. So en.laloque cakap dengan saya

"ma nak makan apa?, nanti papa belanje"

waaaa memang biasa dia belanje pun kan hahahaha... tapi ayat tu memang biasanya menyeronokkan hati isteri. Lalu dia sendiri pilih nak makan kat manhantan fish ni hahaha. Dia tanya pastu dia jawap. Macam kejam sikit sebab macam dia yang nak makan hahaha.

Lalu balik kerja kitorang pun kesana.

Dah lama jugak kot kitorang beli tapau or masak2 aje kat rumah. Sebab musabab yang paling jelas dan nyata adalah kelasakan bebudak ni saya tak boleh handle. Selalu mengakibatkan saya mengamuk dan tak boleh kawal perasaan. Dah la saya kalau marah tangan laju je melayang kan. tapi sebab anak, kita main ketap2 gigi tahan marah la kan. Kang kalau pukul kang nyesal la pulak.

Budak2 yang melasak.

Motip senyum sambil tayang blekberi? Saya lupa saya nak tayang apa sebenarnya wakakaka tapi taim nak posing tu lah si anoi nak berdiri atas meja. memacam bebudak ni

Nisa main game, anoi menangis sebab saya tak kasik dia berdiri atas meja

taim bebudak buat hal macam ni, terasa macam lamaaaaaaaaaaa sangat makanan nak sampai kan. rasa macam nak amukan. Pastu masa ni lah anoi berak apa semua. sabarkanlah diri ini hahaha.

kekadang bila kita geram anak-anak buat hal macam ni. Rasa macam "haaa lepas ni korang takyah ikut dah, duduk je rumah, biar makpak je pegi" tapi biasanya memang tak sampai hati punya, mesti angkut budak busuk dua orang ni. Sebab kalau tak bawak mesti rasa tak lengkap hidup

dan saya memang sangat manja dengan nisa hahaha. bukan nisa manja ngan saya ok, tp saya yang manja dengan dia. kekadang baring kat peha dia, kekadang baring kat bahu dia. nisa layan je mama dia. lawak pulak.

latte.

kitorang order salmon set tu, apa ke nama canggih dia. lupa dah. makan pun tak tenteram sebab bebudak kejap2 nangis kekejap menjerit. malu... semorang asik jeling2 kitorang. Yelah semorang x selesakan. patutnya makan kat situ kan damai je suasana :p

pastu kan, anoi kemain lasak, abis dia tumpahkan air semua kan. saya memang dah tak boleh sabar dah. terus saya blah bawak anoi, padahal desert tak sampai lagi

"papa yang lain tapau je lah, ma tunggu kat luar"

lalok pandang saya muka terkulat2, waiter pun dah terkulat2, sbb dorang tak tahu macam mana nak tapaukan. anoi muka dah diam je takut mama dah jadi singa. tak tahu kenapa saya tak boleh tahan marah sangat2, tapi marah dalam diam. saya diam tak cakap apa2. saya bawak anoi keluar duduk kat kerusi panjang. anoi senyap je duduk situ. dalam 5 minit macam tu en.laloque ngan nisa pun sampai, anoi terus nangis mengadu takut kot hahahaha.

bayangkan muka yang tersenyum ambik gambar dengan latte tu bila tarik muka macam mana? BURUK! c(:

Tapi walau macam mana pun kenangan marah, bengang, gembira, gelak. Itulah kenangan yang terbaik dengan family. Walaumacam mana pun kita tetap nak bersama dengan family kan. Biasalah tu.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Pn. Zana said... [Reply to Comments]

huhu. melasak kan diorg kalu nak makan kat luar. anak sy pun. sabar je la. malu mmg malu.tapi nak buat mcm mana. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

hihihi...tu lah.geram ngan anak2 bila mereka buat hal time nak sonok2 kat luar.tp nak wat camner..anak2 permata hati.geram tu pun leh buat kita tersenyum bila terkenang kisah tu kan.vp bawa 2..LM bawa 3 askar..lagi riuh rendah .hahah.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

alah bisa, tegal biasa.. ecewah! b'peribahasa spt karam sing walia plak! ha3..

AnaLyana said... [Reply to Comments]

akak, terbayang2 saya muka akak yang tengah marah tu. terkesan..Hihihi. Saya yg anak sorang ni pun dah mula rasa apa yg akak rasa. ni kan pulak akak yg ada anak dua..

bersabarlah kak...peringatan untuk saya juga.:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^