Follow Viruspadu

Wednesday, May 04, 2011

Target

Target = Sasaran

Apa target korang?

target jangka pendek?
target jangka panjang?

Kelmarin kot saya sembang2 dengan en.laloque maka tersembang la pasal masa depan. Buat masa ni, target2 yang saya bikin dalam hati Alhamdulilah tercapai. macam kena ada rumah sendiri sebelum umur 30. kena ada kereta sekian sekian. kena ada simpanan sekian sekian pada umur sekian sekian.

gitu.

Dan saya pun membuat target baru.

"mama target, bila umur ma adalah 35 tahum ma mesti ada xxx dalam simpanan ma, pastu ma nak berusaha tahun depan mesti dah ada xxx"

chewah setakat target xxx apadahal. eceh. Ok takleh bgtau korang apa target saya. kang x tercapai kang malewwwww (malu).

dan biasanya kita target la benda yang kita rasa susah nak capai. kalau takat konfem dapat takyah la nak ditargetkan macam "aku target esok nak makan karipap" (nanti hantu makcik karipap hantarkan hahaha) baik takyah kan. takpun "aku target lg 10 tahun aku ada simpanan berjumlah 1ribu", padahal gaji ko tiap2 bulan pun RM3ribu hahaha.

tapi jgn sedih kalau tak tercapai pun. sebab target tu buat pembakar semangat je. ala2 ISP kat opis ni la. plan kita dalam hidup kan. gitu.

korang dah ada target?





5 komen[s]:

Mya said... [Reply to Comments]

akak target nak travel ke 10 asean countries sebelum umur 40 tahun.
sekarang dah travel 6 negara. so tinggal lagi 4.
agak2 realistik tak target ini?

Ayu Nizam said... [Reply to Comments]

target saya nk turunkan berat dari 50kg --> 45kg...

go go caiyokkk.

btwn, lawa ceera pakai tudung!

Leen said... [Reply to Comments]

Baru saya sedar, saya tak ada target lagi la dalam hidup ni. Dah nak grad ni, rasanya dah sampai masa kot nak fikirkan pasal ni

zino said... [Reply to Comments]

macam wawasan 2020 lah kira nya bila dah last minit baru pulun hehe

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

N target dis year tcapai hajat nk bli uma...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^