Follow Viruspadu

Wednesday, June 15, 2011

Bersuka Ria Sekeluarga

Yeay... family day datang lagi...

Family day kali ni adalah ehsan tiket masuk beramai-ramai dalam Sunway lagoon oleh akak (ina noh). Plannya dah lama. Pastu masing-masing diam seribu bahasa dan ada gak yang buat-buat lupa kekeke.

Sampai la kaklang (ira noh) dengan megiknya telah hantar mesej inbox dengan semua ahli keluarga tanpa tersilap nama pun hahaha. sebab apa saya kata megik? sebab kaklang saya ni nak tukar gambar profile pun tak reti (duluuuuuuuuuuuu), sekarang siap boleh hantar inbox grup kat fesbuk harus mek terkejut hahaha.

so diskas punya diskas, sentap punya sentap. Akhirnyaaaaaaa... kitorang ambil keputusan pegi hari ahad bersamaan doblas haribulan. Sebab tarikh mana2 pun susah, mesti ada je yang tak boleh follow. Maka siapa tak dpt ikut, tinggal la ko. Macam si sepet dengan erieq la takpat follow. Sepet nak pegi kenduri kawen kawan dia, erieq deting kot huhuhuh... abang jaga kedai, mak ngan abah pun tak ikut.

Kitorang pegi asing-asing, jumpa kat sana je. sebab kalau konvoi reramai lagi lambat. so siapa siap dulu pegi dulu boleh mandi manda memain dulu. siapa lambat nasib la

dan ini adalah golongan2 yang lambat kekekeke


pagi2 ahad saya pegi amik stock holabebe pyjamas dulu, lepas tu baru la pegi sunway. kakcik follow saya amik stock. ode plak mmg kebetulan terserempak.

masuk2 dalam je, terus nampak macam2 karakter ni kan. so kasik snap gambar dulu lah.

kat sini nisa takut. lansung dia xnak bergambar dengan hantu. anoi pulak asik cakap "mama, tu antu tak imah alik lumah" hahahaha. asal hantu je terus hantu kaklimah si anoi ni


kitorang sampai awal jugak kot, so banyak lagi tempat kosong. sampai2 je, nisa ngan anoi dah mengelupur nak mandi. tak sabo sesangat dah

ok dah siap tukar baju!!!

saya memang takde mood nak mandi lansung
memandangkan saya "cuti" memang tak kuasa saya nak mandi manda lagi. padahal boleh je kalau nak
tapi siyesly badan saya adalah letih melampau, kalau ikutkan hati memang nak baring dan rehat kat rumah je, tapi family punya pasal takpe la kan. lagi pun dah lama janji dengan nisa. so saya lepak duduk berehat aje la kat tepi sambil termenung. hehehe. dah lama x rehatkan mata mcm ni :p

keseronokan berganda









Saya lepak dan jaga beg dan tunggu anak2 naik dan suap dorang makan :)

dalam jam 3 kot dah kemas2 nak balik dah.

nisa dan anoi tidor keletihan dalam kereta. seronok sangat le tu

:)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

a zu ra said... [Reply to Comments]

akak, nampak mudaaa sgt dalam ni! hehe maybe sbb tudung? @ tak mekap? ;)

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

seronoknya..seronoknya..seronoknyaa...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^