Follow Viruspadu

Friday, June 24, 2011

Blur lagi

Hari ni saya meeting pagi dan petang. So entry tadi ok la, utk meeting pagi. Saya ni meeting manjang blur. :(

Ntah pape

Maybe sbb saya x berapa faham bijik butir dan suka berkhayal waktu meeting hehehehehe. Semua words adalah janggal pada saya. Dan untuk relatekan sesuatu perkataan dengan isu. Mesin otak agak bercelaru disitu. Bila bercelaru dia jadi hang. Hahahaha ingat sistem aje ke hang. Kakjem pun selalu hang.. Mencik!

Tadi meeting jadi lagi. Saya ambil port belakang sekali dan hujunggggg. Untung2 boleh feeling halimunan aka ahli mesyuarat karipap kan hahaha.

Tengah termenung sambil melayan kacang sebijik sebijik masuk mulut. Tetiba

"Jemah.. Bla bla bla.. Boleh?"

Yang part bla bla bla tu saya tak dengar huhuhu. Lalu untuk buat2 konfiden jugak terus jawab

"Boleh" siap ada efek mengangguk dengan penuh gaya hahahaha

Tetiba suasana sunyi. Semua memandang ke arah saya. Saya pun pelik dan gabra. Haha.

"Ermmm canne tadi"

Boleh tak saya tanya macam tu dalam meeting formal. Demmmmmmmmm.

Hahahah kan dah kantoi mengelamun. Padan muka kau kakjem :p

"Saya mintak awak present tender penyelenggaraan utk tender tuttt"

Alamak. BLANK.

Diam kejap dan cuba paksa otak utk berfungsi secara laju-laju

"Takpe, biar saya terangkan" - kata bos.

Phewwwww legaaaaa. Bos tolong cover.

Padan muka kakjem
Padan mukaaaaaaa siapa suruh mengelamunnnn. Arghhhhh tak suke.

Bila bos terangkan tu, baru saya tahu dia nak saya terangkan pasal tender yang saya tengah buat sekarang hahahaha. Adoi la. Apa la ko jemah.

So lepas habis meeting, dan balik ke office. Terserempak dengan bos

"Maaf bos saya blur tadi"
"Haaa pegi meeting tak prepare..."

Malu dohhhhh... Padahal saya prepare dr semalam nak pegi meeting huhuhu. Cuma saya x boleh bajet apa yang saya perlu prepare. Rasa mcm dah cukup. Ecewah.


Ok tu je pengalaman meeting saya hari ni :)






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^