Follow Viruspadu

Sunday, June 05, 2011

Emak Pengongkong vs Emak Sporting?

Korang pernah dengar pasal "TIGER MOTHER"?

Atau pernah baca buku bertajuk “Battle Hymn of the Tiger Mother” ditulis oleh Amy Chua ni?


Pasal Tiger Mother ni dibincangkan dalam facebook Friso Growing Up Together Malaysia , saya pun ada jugak bagi pandangan saya. Sebab saya ni dalam kategori antara ada bersetuju sikit, ada tak setuju sikit. Ala biasalah. Ada part2 kita rasa betul. Ada part2 kita rasa tak setuju kan. Melalui pengalaman yang sikit ni, nak jugak share2. Mungkin saya rasa betul sekarang sebenarnya salah ke apa ke kan.


Bukti ahkak jem berada di sana eceh

Ada banyak jugak menyampukan saya kat sana hahaha. Korang boleh terjah sana dan menyampuk2 dengan saya. Suka je saya baca pandangan orang pasal ni. Macam-macam. Ada yang saya setuju. Ada yang saya tak setuju.

Buku ni mengisahkan tentang perbezaan "Ibu China" dengan "Ibu Barat" dalam proses menjaga anak.

Apa beza dia?
"Ibu China" mengawal sepenuh-penuhnya nasib anak-anak diorang. Macam semuanya biar dia yang tentukan. Pastu macam "nakkk mak tahu apa yang terbaik untuk kau, kau mesti ikut cakap mak, melawan siap!" begituuuuu. Apa anak dia makan. Apa anak dia patut belajar. Jodoh anak dia. Semualah.

"Ibu Barat" pulak lebih macam beri kebebasan kepada anak untuk ekplore sendiri apa yang anak minat. langsung tak nak paksa2 anak la. As long as anak suka dan gembira sudahhh.


So ada pro dan kontra sebenarnya. Sebab kadang2 cara paksaan (Ibu China) ni nampak macam kejam sangatttt masa sekarang (anak2 kecik), tapi bila anak2 tu dah besar dah dewasa dah berjaya dalam hidup baru bersyukur dan faham kenapa mak kita paksa2 kita dulu. disebabkan paksa2 tu la kita berjaya. Kalau tak memang takde lah jadi "orang". Dan kadang2 kebebasan membuatkan anak-anak lalai. Hurm. Biasalah. Takde benda yang perfect kan. Mesti ada baik dan buruk.





Kalau korang sebagai EMAK, adakah korang membagi anak korang:
1. tidor rumah member
2. join aktiviti sekolah yang berjenis bukan akademik
3. menonton tv atau pun main komputer game
4. dapat result exam selain daripada "A"
5. Tak dapat No.1 dalam subject yang diambil
6. Bermain apa2 instrument selain piano or violin


Dalam buku tu kan, Amy Chua (penulis tu) cakap kan, sebagai Tiger Mother. Semua perkara 1-6 tu TAK BOLEH ok tsk. Korang bayangkan! Betapa mentakutkan Tiger Mother ini. HAHAHA. Tapi dia garang ada sebab la. Cuma saya rasa macam melampau pulak.

Yelahkan, kebolehan setiap anak ini berbeza. Kita mana boleh paksa orang jadi PANDAI. dan kalau tak berapa PANDAI tak semestinya TAK BERJAYA kan. Kita ibu bapa guide anak-anak la. Supaya dorang tak tersesat or tersalah langkah. Tapi kalau macam semua tak boleh. Kesian la pulakkkkkkkk. Ntah. Ini pandangan saya je. Mungkin anak kita tak berapa pandai dalam belajar dan exam tapi dari segi pengurusan kewangan dan perniagaan excel giler kan.

Korang jenis Emak yang mana satu?
A. Garang?
B. Sporting?
C. Pengongkong?
D. Emak yang feeling semua dia betul?
E. Buat la apa-apa pun nak, mak redha?
F. Perfectionist?
G. Bertimbang Rasa?
H. Tiada satu pun kat atas (amboi banyak songeh HAHAHA)

Kakjem pulak EMAK jenis macam mana?

Saya sendiri belum nampak saya jenis yang macam mana, sebab anak-anak masih kecil. Nisa pun baru 4 tahun dan dia masih belum menghadapi peperiksaan yang kena compete dengan anak jiran, anak rakan-rakan dan anak saudara hahaha. Biasanya emak-emak yang sibuk nak banding-banding keputusan peperiksaan anak-anak ni kan tetttt :p . Mungkin sekarang saya rasa peperiksaan tu tak apa-apa. Dapat result apa-apa pun tak apa-apa. Tapi bila anak dah mula masuk sekolah darjah 1, darjah 2, darjah 3 ke 6 UPSR PMR SPM dan orang mula membanding-banding masa tu kita pun mula terasa. Siapa tahu? Dunia ni bulat dan perasaan kita juga biasanya bulat-bulat mcm bola boleh berubah-ubah hehehe. Hari ni kita kata takpe, esok-esok mungkin kita berubah fikiran. Siapa tahu? Jadi apa-apa hal jangan kita eksen sangat dengan pandangan kita sekarang sebab mungkin esok kita dah ada pandangan lain. Nanti MALU. :p Siapa tahu? hahaha.



Apa kata korang bersama-sama dengan saya berdebat secara positif kat http://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether. Nak jugak tahu apa pandangan korang.

Jadi korang Jenis EMAK yang mana?
Tepuk dada tanya selera.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

fifieynasrye said... [Reply to Comments]

vp keje kat jln duta kat kompleks kerajaan ke? kat LHDN ? ke arkib ke?MITI ke?

syamariz said... [Reply to Comments]

mmah, akak terbaca pasal Amy chua ni dalam Readers Digest keluaran latest ni...dia ada 2 anak pompuan, anak sulung je mendgr kata tapi anak ke-2 jenis memberontak...so even dia pun cannot control apa yg dia dah fix dlm mind tu..moralnya setiap anak berbeza, so kita yg kena sesuaikan cara didikan mengikut kemahiran dan personaliti anak..betul tak

syamariz said... [Reply to Comments]

Salam mmah, artikel pasal Amy chua & bukunya Battle Hymn....tu ada tersiar dalam Readers Digest keluaran terkini (gmbr mee goreng), apa yang mengejutkan eventhough dia sangat strict mcm tu tapi still cannot control her 2nd daughter (she has 2 daughters)..yg sulong mendengar kata tapi yg 2nd suke memberontak, pendapat akak kita kena sesuaikan didikan mengikut personaliti & kemahiran anak kan sebab setiap anak adalah berbeza..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^