Follow Viruspadu

Thursday, June 23, 2011

Gula dalam Susu?

Sejak dua menjak tiga menjak ni kan, isu gula berlebihan dalam susu anak-anak memang menjadi bualan ibu-ibu. Mana ada emak nak anak dia obesiti ataupun terlebih gulakan. Risau ok. Saya risau. Korang pun konfem risau jugak kan.

Ingat lagi tak entry lama saya pasal added sugar tu, yang kita boleh check ada added sugar tak dalam susu anak kita melalui total karbohidrat kat tin susu dia tu.

ok contoh untuk check added sugar dalam susu.

karbohidrat = 11.1 bermakna kalau umur 1-3 tahun, ~0 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 0 sudu teh gula berlebihan setiap hari. (boleh check dekat http://www.semakgula.com.my/) So ini contoh susu yang takde added sugar :)
Banyak contoh lain dalam ENTRY (klik sini)

Jadi susu anak korang jenis yang macam mana?

Lately saya rasa macam ada konfius sikit la, sebab ada yang cakap NOT ALL CARBO IS SUGAR? Habis tu ada tak "sugar" kat belakang tin bahagian MAKLUMAT PEMAKANAN tu ek? Kalau mcm tu, maklumat selama ni betul ke tidak ye? Alahai konpius sudah ni.

Dannnn... Kids need carbo (read: karbohidrat) kan kan kan. Kan ke tenaga tu kan. So anak-anak kita perlukan tenaga. Jadi macam takpe je la carbo tu tinggi kan... Aduhaiiiiiiiiii...

Tapi bila saya fikir-fikirkan balik, memangla anak-anak perlukan carbo, tapi bukan perlukan added sugar kan.

 Dua orang budak yang kuat sangat minum susu :)
Oleh itu:-

Fakta 1: Gula adalah gula.
Ada banyak nama gula secara saintifiknya contohnya natural sugars, added sugars, natural plant sugars, corn syrup solids, sucrose, and glucose syrup solids.Dan semua gula ni basically provide extra kalori dalam badan anak.


Fakta 2: Terlalu banyak gula tambahan tuuuu la masalahnya
Siapa kata gula tak elok? Siapa kata? Gula adalah kawan kita. Eceh. Maksudnya kalau minum takde gula. Mana la sedap. Terbantut selera ok. Tapi gula berlebihan tu adalah SALAH. LAWAN. Bikin penyakit. Benciii. hahaha. Jadi kalau gula berlebihan dalam susu? Macam manakah dengan kesihatan anak? 


Fakta 3: ‘Carbohydrates’ in milk powder consist of only sugars (saya nak translate, tapi bimbang lagi susah nak faham)

Under Malaysian food labelling regulations, the ‘carbohydrate per serve’ number in the Nutrition Information Panel (NIP) on your child’s growing up milk powder is only made up of two things:

Sugar that is naturally present in the milk powder. The only naturally present sugar in milk is lactose. The natural lactose level in a glass of standard milk is approximately 11g-12g per serve. 

Sugars that are added to the milk powder. Anything higher than 11g-12g for ‘carbohydrate per serve’ in growing up milk powder is equal to added sugars Handbook of dairy foods and nutrition. 2nd Ed. National Dairy Council. 2000. Composition of New Zealand Foods. Dairy Products. 1991.




Itu lah 3 Fakta yang saya jumpa dan faham untuk saya kongsikan dengan korang.

Jadi mcm mana? 



Sebab tu, kita as a parent, demi anak-anak, kena banyak membaca dan fikir baik buruk sesuatu makanan yang kita bg kat anak. untuk pastikan lagi, jom...


1. Cek tin / pack susu tepung anak-anak kita
tengok 2 benda ni
- ‘carbohydrate per serve’ sebab kalau lebih daripada 11g-12g tu adalah added sugar, seperti nak buat air teh, kalau korang tambah gula tu utk menambah rasa manis dalam teh, tu maknanya added sugar la tu, ataupun korang minum air kelapa muda, air kelapa muda memang dah ada rasa manis2 buah dah kan, memang dah sedap dah, but still korang rasa kalau tambah 2 3 sudu lagi bertambah sedap. maybe. so bermakna itu added sugar sedangkan takpayah tambah gula pun takpe

- tengok lagi kat ingredient tu ada tak nama2 mcm corn syrup solids, sucrose and glucose syrup solids. Ini pun added sugar jugak

2. Rasa susu anak
korang pernah rasa susu anak tak? saya rasa jugak kalau nak rasa susu panas ke tidak hehehe. memang manis :(

3. Tanya pandangan
Yang ni saya tengah buat sekarang. Tanya pandangan kawan-kawan. Dan cerita apa yang saya faham. Dan nak tanya apa yang korang pulak faham pasal added sugar ni. Atau pun memang dah tahu tapi malas nak layan. :(

Korang pernah tak, tanya doktor ke pasal susu yang terbaik untuk anak, mcm mana nak check susu yang baik untuk anak. Yelakan baik atau tak anak kita tu dah besar nanti semuanya bermula dari kita (ibu bapa) kan. Maksudnya pemakanan dia semua la. Kalau korang pernah tanya, apa kata share dengan saya. Boleh saya kopipes share dengan yang lain. Kita ni semua kan ibubapa prihatin :)

Risau la bila memikirkan pasal anak-anak.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

KhaiZa said... [Reply to Comments]

Gud info. balik ni terus, nak check kandungan karbohidrat dlm susu my princess.

eintanliana said... [Reply to Comments]

muke nisa ade cam muke sepet sikit..huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^