Follow Viruspadu

Wednesday, June 01, 2011

Incikkk... Nampak anak saya tak incikkkkkkkkk

Sabtu lepas saya pegi OU. Pergi sebab... gelabah! hahaha... tak... patutnya ada hal, then cancel. So tak tahu nak buat menda. Nak shopping takde la bajet untuk shopping beria bulan ni. Eh korang kalau shopping dah bajet duit dalam hati atau kalau nak shopping main redah je... hahaha takpelah korang kayaaaaaa eceh. Ok bulan depan ada bajet shopping dalam hati (sedapkan diri sendiri).

Jadinya nak jalan2 tengok barang takut #sentaphatimaknak pulak sebab tak dapat beli. Nak makan-makan macam tak berbaloi. Jadi yang paling ekonomi untuk membunuh masa dah alang2 sampai OU (one utama) adalah mentengok wayang. Maka kitorang pun terus ke tingkat 4. Berpusing cari wayang (nampak nau tak biasa sampai sana).

Sekali tengok kau! beratur beli tiket nak tengok wayang macam ulau melingkau atas pagau panjangnya. bayangkan kitorang beratur kul 4, kul 5 baru dapat beli tiket. phewwwww. mujur lah memang wayangnya start kul 5. so ngam ngam la. Kitorang decide tengok KaraK sbb mcm best tgk kat twitter orang puji2 best. lagipun dulu kan feeling dengan kru hahaha... dush!

lepas dapat tiket, kitorang pun beli hotdog popcorn dan airgas (mcm menu wajib tengok wayang utk kitorang), pastu terus la saya membontoti en.laloque nak masuk tengok wayang kan. jalan punya jalan siap naik tangga bagai, sekali sampai2 kat cafe hahahaha siot betul. punya besar OU tu nak cari mana hall wayang pun tak jumpa hahaha lain la jasko sini. senang nak cari kah kah kah. mencik ah. nyaris2 nak pegi tanya abang pengawal keselamatan ada dua orang sesat cari hall no 3 hahahaha.


ok cemena cerita dia?
hampir terkoyak la lengan baju en.laloque saya tarik akibat takut melampau hahahaha. rasa teramat menyesal menengoknya hahaha. terus cari pintu mana nak keluar. tapi takut nak keluar sorang2. terbayang2 pulak kalau saya bangun keluar wayang sesorang ada suara

"incikkkkkk, nak pegi mana tu incikkkkk... cerita belum habis lagi ni incikkkkkkk" (dialog reka sendiri)

#matikejungmaknak hahahaha

korang kena tengok tau, sbb ending dia memang tak tercapai dek akal la. yelah biasanya filem2 memang ko dah boleh agak dah ending dia mesti mcm ni mcm ni kan. tapi ni lain kot. takuitttttttt...

tu ok lagi. lepas balik rumah, en.laloque tak habis2 suka tiru dialog tu. mencik! terus takut nak pegi dapo amik air. stress ok. pastu kat twitter asik ngusik2 pasal tu jugak. tp kat twitter benda tu dah jadi lawak pulak ahahaha.






hahahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hahahah kelakauuuuuuuu apesal nama saya pun ada sekali tu rasa tak join pun incikk incikk ni. haha

nak kena tgk ni karak! tp sy slalu drive mlm2 sorang2 takutt jd takut melampau pulak nnt

fazilzura said... [Reply to Comments]

hai ... BW di sini

salam kenalannn

MyLara Sarah Cullen said... [Reply to Comments]

aiyark...dengar kak jem cite pun sy dah seram... sy mmg penakut tgk cite hantu, kompem terbayang2 selama sebulan.. sbb tu cite2 hantu ni no no no buat sy haha..

kak jem redah jugak tengok bakpe.. kan dah terbayang2 hahaha.. lawak2 abes kene usik kekeke.. tp cam syokkk je dialog tu..cam nk kene tengok je nih.. haih~

si tuan putri kiUt said... [Reply to Comments]

hantu nyanyi lagu hujann..jommmmm3... ujan oo ujan kenapa ko turunn??...

besttt aknnn 2x tgkk...kalo bole bawa bantal kecik dh bawak dhh

farhana_aziz said... [Reply to Comments]

hahahaha.lawak pulak kak..

tapi part dialog tu mmg seram sikit kan.saya ni siap termimpi2 muka si hantu tu.hahaha

Eisha said... [Reply to Comments]

sy kena pakse ngn adik suh tgk cte ni ngn die...kua dr wyg asyik terngiang-ngiang je sal dialog tu!! da la die suke main-main kan sy..keep on repeating same dialog!!!

tension btul skrg siang-siang buta sy jd takut huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^