Follow Viruspadu

Wednesday, June 29, 2011

Kenangan

Tadi baca blog ceera pasal kenangan masa kecik-kecik rasa seronok pulak. Pastu hari tu saya dengan kakak2 saya masa makan pun macam ada terbukak topik pasal dulu-dulu.

Pasal duit belanje pegi sekolah hehe. yelahkan budak2 sekarang duit belanje sekolah kemain banyak lagi kan.

Masa saya sekolah rendah dulu. Kitorang dapat duit belanje sorang doposen je tau. Kan kita ada dua sekolah kan. Satu sekolah kebangsaan (pagi - 7.45 - 1.00 tgh) satu lg sekolah agama (petang - 2.30 - 6.00 ptg)

So saya masa tu memang dapat duit belanje sekolah doposen je sehari. Makanan kat kantin masa tu kalau nasi lemak ke kuih ke memang harga doposen kan pastu air sirap seposen.

So dari kecik memang dah boleh bahagi2kan duit belanje lah. Macam hari ni waktu rehat kena pilih samada nak makan ataupun nak minum. Boleh pilih satu je.

Kalau teringin nak makan nasi lemak. takde la air. kalau nak minum, boleh minum je, boleh minum 2 gelas air. kenyang jugak kan. So petang sekolah agama memang takde belanje lah. pandai2 la nak hidup. begitu.

Rasa macam, wahhhhhhh hebat nya kitorang adik beradik dulu. Rileks je. Takde la meratapi nasib ke apa. Tak terdetik nak compare dengan orang pun hahaha. Cool je. Kalau lapar kang pandai2 la cari makan. Kalau ada pokok jambu ke apa. sebatttttt. Janji kenyang kan. Macam ceera cakap tu la. Kalau takde apa nak makan. Nasi dengan kicap buh air panas sikit pun dah sedap je. makan ramai2 pastu gelak2. siap tambah2 lagi hahaha.

Betul lagi ceera cakap. Patut lah bila tengok program bersamamu tu saya memang takde perasaan langsung hahahaha.

Saya kagum dengan mak dan abah saya. Tengok la macam mana mereka membesarkan kitorang sembilan beradik tanpa bantuan siapa2 pun. Usaha mak abah memang saya kagum.

Alhamdulilah dengan kehidupan kita sekarang :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

nifalnin... said... [Reply to Comments]

bila kita dah biasa hidup susah dr kecik, insyaALLAH memang senang nak hidup kat mane pun... sy dulu pun susah jugak... duk setinggan kat jln kelang lama tu.. skang dah jd balai bomba... ptg2 blik skolah agama mesti main guli ramai2 kat lorong umah... hiks.. seronok.. blanjer skolah pun 30 jer... bwk air siap2 dr umah...

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

tabik gn mak ayah akak....tarbaek!

atty's said... [Reply to Comments]

sama lah ngn kty..kalo tgk bersamamu cam x de perasaan gak..sbb kty pun dulu hidup susah..belanje sklh pun 20sen je..baju spg je sampai staun.taun dpnnya kdg tak tukor pun yg baru

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

ya betul2..kalo mse dolu mak pak kita xde pun nafsu nak belikan itu ini tuk anak2 kan..pe lagiks kitorang 12 org badik noks..serba lah ckup2 je kot...skg kita as parents x leh plaks nak tgk anak kekurangan..apa je yg diorg nak mesti nak beli...kalo x beli rse bersalah plaks...betul tak???kenpa budak skg x mcm kita kecik2 dulu???

salam...jom tgk apa yg ada kat blog saya...nak mintak tolong sikittttt jek..TQ!!!

Dakjaat™ said... [Reply to Comments]

darjah satu dulu.. nenek bagi 20 sen utk belanja kat sekolah.. 20 nak beli apa? beli pau. :D kenyangnya tahan sampai tengahari. :D hikhik!

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

hehehe akak 20 sen, saya 30 sen. mmg dpt beli nasi lemak je 30 sen air mmg kne bwk sendiri la kalau takut tercekik:p hikhik kdg2 sanggup tak makan time rehat sbb tunggu balik kang nak beli jajan hahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^