Follow Viruspadu

Wednesday, June 01, 2011

Macam mana nak Anak Genius dari Baby

Ada anak... Punya Anak... selalu membuatkan kita sibuk dan... tak punya masa untuk keluar shopping. atau... tak dapat nak keluar shopping pun. betul tak?

Dan biasanya online online sajork. Hadap laptop lalu zupzap zupzap terus maybank2u. SOLOSAI! sok lusa sampai la depan mata. Sonang! bayar kos pos laju je kan, takyah susah payah nak redah jem, nak bayar parking mahal, nak bayar tol yang banyak, kalau dah keluar nak singgah makan minum, nak berkeringat keliling shopping mall, nak singgah toilet kena bayar lagi. phewwwwww itu kalau pegi sorang kan. tp kalau bawak anak sekali? lagi panjang la episodenya hehehe.

Biasanya kita beli baju anak2 online, botol susu online kan.

Tadaaaaaa... memperkenalkan kepada korang sesuatu yang comel untuk anak korang yang comel yang pasti anak suka ibubapak setuju punya. Tak caye dah! Kena percaya sebenarnya hahaha. Dah la comel bagus untuk perkembangan otak pulak tu.


Zaman sekarang (dari zaman dulu sebenarnya), ibubapa selalu memikirkan apa yang terbaik untuk perkembangan otak anak2 kan. kalau boleh semua nak anak dia dah beso panjang kang jadi pandai, jadi anak yang baik semua kan. Tapi cemana? Bila nak start?

Ha macam ni lah, belikan sesuatu yang boleh meransang minda anak-anak. Beli sesuatu yang 2 in 1 lah. Dorang boleh main dan boleh belajar kan.

macam Shapes n Alphabet Puzzle Board ni. Anak boleh belajar kenal bentuk, warna, kenal huruf, kenal character... Kena ikut kreativiti ibu bapa macam mana nak sampaikan dekat anak supaya diorang seronok belajar.
 RM28/piece excluding postage

macam saya dengan nisa n anoi, saya suka buat cerita. Cerita dengan dia mcm satu cerita pastu tukar2 suara sampai dia gelak2 seronok.

contoh:
Pada suatu hari ada seekor kucing, kucing ni berwarna oren, dia ada misaiii, bunyi dia meowww meowww. satu hari kucing tu bercakap dengan kawan dia, kawan dia gajah, kucing dengan gajah ni nak pegi makan ice cream sebab ia laparrrrrrrr (sambil pegang2 perut) pastu buat sedapnya ice cream. ......

macam kita guna semua gambar2 yang ada lah.
perlu ada sound efek sekali
kena ada emosi sekali hahahaha

baru lah anak seronok nak dengar kan hehehe

kalau anak kecik sangat dan tak paham kalau kita cerita, just buat gaya yang paling lucu dan mimik2 muka tak boleh blah la, hodoh pun takpe. dengan anak takyah malu hahaha. dengan anak takyah kaver cun pehlisss haha.

contoh: INI EPAL. EPAL NI SEDAP. MAMA SUKAAAAAAAAAA KAN EPAL. (buat gaya makan epal dengan sound sekali), pastu buat imaginasi bagi dia sebijik epal, suruh dia tiru kita belakon makan epal. hehehe,

haaa tu contoh kalau maybe anak tak paham kalau kita buat jalan cerita lah.

untuk budak2 yang bawah setahun biasanya permainan apa pun yang kita beli, biasanya dorang tak tahu pun macam mana nak main. Biasanya dorang akan2 ketuk2 baling2 masuk dalam mulut kan. So tugas kita la nak bagi tahu "ini apa" dan macam mana ia berfungsi.
  ABC Train
RM28/piece excluding postage

dan lain2 yang menyentuh hati saya, memang teringin nak beli satu untuk nisa satu untuk anoi adalah bantal ni
 Storybook Pillow - Disney Tinkerbell (M size)
 RM50/piece INCLUDING postage

Storybook Pillow - Disney Sleeping Beauty (M size)
SOLD OUT

story pillow ni dalam dia mcm ni. sangat2 best kan. so boleh bawak kalau travel. nisa ngan anoi boleh main2 baca bantal dalam kereta. hehehe. syiok


terlampau banyak stok dalam http://baby-geniuses.blogspot.com/ tu. Korang kena tengok sendiri tau.
Misal kata dah ada anak, boleh belikan untuk anak.
Misal kata belum ada anak ataupun anak dah beso2, boleh la hadiahkan pada kawan :)

lagi best kalau korang beli RM70 keatas terus dapat harga pos FREE.

Korang boleh LIKE FanPage kat sini http://www.facebook.com/baby.geniuses so senang nak dpt update kalau ada stock baru kan.

ok tu je :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Cik Ila said... [Reply to Comments]

kalu ikut kata org,kene rajen bercakap dgn anak masa kecik..pastu bila dia besar sket,kalu bdk tye soklan,kita sbgai org dewasa kena jwp dgn betul..baru die jd cerdik..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

leez sdg m'bayangkan bagaimana memek muka kak jemah semasa b'citer tuh. ngan sound effect sekali kan.. ha3.. musti sweet abislah!

..nOj.. said... [Reply to Comments]

bestnye mende ni seme. comel2 belaka. mak pun suka benor tgk ni. ok nak pg terjah jap.

:|: TinTa Kibod :|: said... [Reply to Comments]

cam menariklah...
kene byk masa dgn anak kan..
bercakap siap sound effect lg cam kakjem..
huuu thanks bg idea..:)
zassss terjah sana...

Jom UNDI anak saya :)-> Meraih UNDI utk Mu'adz Firas selama 10 Hari...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^