Follow Viruspadu

Friday, June 03, 2011

Perpisahan

Oh saya tak reti la nak berpisah2 ni. Maksud saya jumpa semorang bagitahu yang saya dah nak pegi. Terasa macam janggal giler.

Ingat lagi masa kat UUM kan. Tiap kali habis sem dan nak bercuti. Kan semorang nak balik2 kat kampung halaman masing pastu sedih2 peluk2 jumpa2 sebelum balik kan.

Serius saya fail. saya x reti lol

Paling terer pun saya akan salam dan cakap

"ok korang, bai... jumpa lagi nanti ye"

hahahaha keras je hahahaha. sebab saya tengok semorang pun macam jumpa salam pelok2, ada nangis2, pastu siap macam2 pesanan lah. dan saya serius tak tahu nak buat mcm mana dan nak cakap apa hahaha. member2 rapat2 dengan saya semua tahu dah saya macam mana. So kalau nak berpisah dengan saya, dorang rileks je. Salam dan tata tata. yelah sebab esok2 jumpa lagi.

Nak2 zaman sekarang ni kan. mcm tak sempat rindu dendam. facebook ada, blog ada, twitter ada, BBM ada. semua kat hujung jari je. eceh.

tapi tak tahu kali ni saya rasa sedih :(
mungkin sebab saya dah anggap semua mcm keluarga saya
mungkin jugak saya dah matang hahaha
ntahlah kali ni sedih. dulu pun sedih tp lain

Jadi, opismate yang sempat baca blog ni, sebelum petang kang kite salam-salam. semua plis buat2 biasa2 je tau. sebab saya sedih sangat2 ni, tolong la buat kelakar dan kita boleh gelak sama-sama dan meninggalkan kenangan manis sebelum saya melangkah pergi (wah ayat melangkah2 aje hahahaha).

terima kasih di atas kasih sayang korang.
terima kasih kerana memberi kenangan manis kepada saya.
terima kasih kerana berada dalam hati saya.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

nisa_perasan_cun said... [Reply to Comments]

sy pon sedih ar..xcaye akk nk pindah..t x dpt ar jmpe2 kat sembon :/

mekchu said... [Reply to Comments]

tak nak cakap apa2... nnti ayat tak keluar air mata je yg laju meleleh.. mekchu ni gadis berhujan sikit..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^