Follow Viruspadu

Tuesday, June 28, 2011

Sabtu Ahad yang bizi

Sabtu Ahad sekarang ni saya amat membizi tak boleh blah. Biasanya sabtu ahad la yang akan restock barang2 kat sh0ppink. Yelakan hari biasa kitorang semua bekerja, so hari apa je la yang tinggal selain daripada sabtu dan ahad kan.

Oyye, Viruspadu Sh0ppink ni bukan milik saya seorang sebenarnya. Tapi milik bersama saya dan adik beradik saya. Akak, kaklang, kakcik dan abangcik. Bila ramai2 macam ni lega sikit sebab senang boleh agih2kan kerja. Takde la macam dulu saya terkontang kanting buat kerja sorang-sorang. Daripada beli stock, tag harga, stock check, model, snap gambar, edit gambar, update blog, balas emel customer, update belian jualan, kira2 akaun. pehhhhhhhhhhh... Siapa yang bikin bisnes tahu macam mana sibuk dia kan. Kalau dulu saya buat sorang2, mana dapat tidor awal. Kadang2 kerja habis jam 2 3 pagi jugak. Minat punya pasal. Penat semua tolak tepi. Mujurlah ada suami yang memahami :)

Sebab tu la lately saya takde dah update aktiviti2 saya kan. yelah sebab aktiviti2 saya semua kat butik hahaha. Tunggu lagi 2 3 bulan insyaAllah semuanya dah ok ok dah. Bila dah boleh bajet masa apa semua kan.

Paling xcited saya rasa adalah anak-anak buah saya dan anak2 saya juga. Tiap kali makpak buat kerja kat butik, dorang pun sibuk nak lepak sama. Sampaikan ramai orang dalam butik dek anak beranak sendiri je hahahaha. Orang lain nak masuk pun takut.Yelakan sabtu ahad je anak2 ada masa dengan ibubapa. Tapi ibubapa sibuk kerja pulak. Tu yang nak lepak sama2 jugak tu. Aiyokkkkkkk tetiba rasa bersalah dengan anak2 plak :(


Ini salah satu Hot item dekat sh0ppink. Tube pelbagai guna. Saya pun nak amik satu buat inner shawl. kelessssssss kau maria.



Saya nak yang ni :) Senang mecing dengan apa2 baju. nak pakai dia je pun boleh tp kena cover leher sikit lah
TS025
RM 25.00


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

model2 yg t'hangat di pasaran! ;P

zuhairah razip said... [Reply to Comments]

hahaha , poyo gile ajoi !







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^