Follow Viruspadu

Saturday, June 18, 2011

Siapa Tiger Mother?

Ingat lagi tak entry saya pasal Emak Pengongkong vs Emak Sporting tu?

Korang dah baca tak buku Amy Chua in “Battle Hymn of The Tiger Mother”??

Ataupun korang terus bukak facebook untuk join diskas kat sana je. Yelah sebab kalau baca mungkin payah sikit kan. So kalau join facebook saya rasa mesra la sikit kan. Kalau kita setuju or tak setuju dengan point dia senang kita nak hujahkan pandangan. begitu.

Sebab topik-topik Amy Chua ni saya rasa bagus sangat untuk ibubapa lah.

Macam...

Mula-mula saya baca, saya rasa pandangan dia kejam sangat dengan anak-anak. Tapi dah lama-lama baca membuatkan saya terfikir yang... erm betul jugak tu. ermmm... boleh diterima tu. Dan lama-lama baca saya mula rasa yang pandangan tu bagus untuk dipraktikkan.

Saya rasalah.

Contohnya macam ni, cuba korang baca:

Amy Chua in “Battle Hymn of The Tiger Mother” claims that what Chinese parents understand is that nothing is fun until you're good at it. To get good at anything, you have to work and children on their own will never want to work on their own initiative, which is why it is crucial for parents to override their preferences. This often requires fortitude on the part of the parents because the child will resist; things are always hardest at the beginning, which is where Western parents tend to give up. It is her belief that children only fully enjoy an activity once they have mastered it or at a certain level of mastery else a child will get bored with small wins all the time.


Kalau nak kaitkan point tu dengan diri sendiri lagi senang kita nak faham.

Macam pekerjaan kita sekarang la. Kalau kita cuma tahu sikit-sikit. Seronok ke buat kerja? TAK. Memang TAK seronok. Berbeza dengan kerja yang kita dah master dah. Memang kita selesa lah kan. Macam tu jugak dengan anak-anak kita kan. Dan biasanya anak-anak ni memang susah nak suruh dia belajar sendiri, biasanya memang makpak kena monitor. Macam kita kecik2 dulu. Selagi mak tak jerit suruh siapkan kerja sekolah, selagi tu la buat-buat lupa kan. Selagi tak kena rotan kalau tak hafal sifir, selagi tu kita tak hafal-hafal. Selagi tak kena hambat sbb ponteng kelas mengaji, selagi tu kita nak ponteng kan. Sebab masa kecik kita tak rasa benda tu penting pun. Rasa macam menyusahkan je.

Ye saya suka point ni :)

Nisa dah berumur 4 tahun. Saya selalu fikir yang umur 4 tahun takpe kot belum pandai kenal huruf lagi. takpe kot main-main lagi. Tapi bila saya baca buku Amy Chua in “Battle Hymn of The Tiger Mother” saya mula rasa yang saya kena start dari sekarang.

1. Start buat jadual sekurang-kurangnya 30 minit teman nisa belajar kenal huruf, hafal huruf dan mengeja Sebab awal-awal ni saya rasa 30 minit ni ok la. Kalau awal2 dah paksa sejam dua mcm tak sesuai pulak. Yelakan mcm main tarik benang dalam tepung, benang jangan putus, tepung jangan berselerak. Nak paksa tapi pelan-pelan. Maybe lagi dua tiga bulan saya boleh upkan ke satu jam pulak.


2. Start kawal pemakanan dia. Daripada pemakanan banyak efek dengan energy dia, kesihatan dia kan. Kalau tak sihat, apa2 pun dah tak boleh dah.


Kakjem mengandung anoi masa ni hehehe :p 

3. Start kawal permintaan dia. Sekarang ni apa yang nisa nak, boleh dikatakan semuanya saya tunaikan (kecuali yang mahal acik tak mampu). dan semua permainan or apa2 yang dia mintak mestilah ada kebaikan yang boleh menjana minda.

begitu.

Banyak sangat point menarik dalam Facebook Friso Growing Up Together Malaysia

Saya memang rekemen sangat korang join bertukar pendapat kat sana. Sebab pandangan-pandangan kat sana saya rasa banyak mengubah cara saya dalam penjagaan anak. mambesarkan anak.

Bukan senang untuk menjadi IBUBAPA yang baik.
Dan untuk menjadi IBUBAPA yang baik kita kena ada ILMU.
Untuk jadi IBUBAPA berILMU kita perlu banyak MEMBACA.

:)

Jadi, siapa kat sini Tiger Mother?


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

zai@umiaiman said... [Reply to Comments]

n3 yang bagus sgt... i like.. tambahan plak skrg mmg ngah pening kpala pk bab anak ...anak kiter pun sama umo ngn nisa..4taun..cuma bezanyer lelaki..

Merryn said... [Reply to Comments]

me mama kucing.. lol :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

bkn mudah nak jd ibubapa.mendidik,dan mengajar perlu kena pd tempat.tp LM ni lionmama..haha...anak2 dah besar kena jd lion br leh jln.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^