Follow Viruspadu

Thursday, June 09, 2011

Terleka terlupa

Hahahaha... Tetiba gambar kasut lagi. Eh mcm entry semalam je kan.

Ok ini lagi satu kasut yang tidak boleh dipakai lagi untuk dibawa berlari keh keh keh. Sakit tumit saya segala. Heiiiii cemana ni. Abis semua kasut tak leh pakai ni canneeeeeee (tektik nak beli kasut baru)

Hari ni, saya dah start baca fail2 baru. Start tgk emel baru. Tengok2 sistem. Hurm. Kelihatan agak komplikated dengan database. Dah la saya dah lama meninggalkan zaman2 menjaga sistem dan database ni. Dah 5 tahun kot. Lamaaaaaaa tu. Takpe la. Redha je. Inilah nama dia cabaran hidup. Eceh. #meratapi hahahaha

So, antara leka2 baca fail, selang seli dengan baca emel bila otak tengah blank dgn word2 baru yang bertakhta di otak hahaha. Nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Nak igt nama kawan dan scan muka bg lancar dalam hati.

Tiba tiba

Te no neng no neng
Te no neng
Te no neng

Hahahaha boleh begitu bunyi punch card kau hahahaha. Belasah la ye :p

Waaaaaaa dah kul 430 weiii...

Dengan meja x berkemas.
Tak tercapai dek tangan nak off pc, nak kemas 2 bijik beg
Nak capai kunci bilik

Cemas cemas.

Ok mulai esok kena set jam kul 4 suku supaya tak terleka lg. Kalau leka buruk padahnya menangislah engkau kat bas stop itew... Hahaha

Ok ingat. Esok set jam :p




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 komen[s]:

mekchu said... [Reply to Comments]

4.10 kot.. lagi 5 minit masa kecederaan nak kunci pintu.. eceh, org dah ada bilik lah katakannnnnn...

BigMouth said... [Reply to Comments]

Hmmm.. adik sape lah ni...

mieoney said... [Reply to Comments]

kak better klu akak simpan kasut2 cntik kat opis...kst2 yg selesa berlari yg buat lenjan hari2 pegi keja...wpun saya drive selalu saya pki flat shoes jer gi keja sbb sng nak drive and lari2 bila nak punch card...huhu bila nak pi miting bru pki kasut cecantik and heel...huhu

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

wahh...balik 4.30 ekk kak...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^