Follow Viruspadu

Thursday, June 23, 2011

Treatment Ke-Empat di Marie France Bodyline

Ini jadual pemakanan saya (tetiba takde intro)

Tolong besarkan anak mata, sebab memang dia kecik sikit supaya saya dapat rahsiakan sedikit tahap makan melampau saya hahaha. Malewwwww.
Saya sepatutnya jaga pemakanan sebab saya dalam treatment kan :(
Kalau berat badan tak turun memang salah sendiri tsk tsk tsk

Isnin lepas, MFB call saya. Nasihatkan saya cara pemakanan yang betul berdasarkan jadual makan saya tu la. Jadi dinasihatkan supaya:

Sarapan: Kalau boleh makan oat atau pun roti yang bijirin tu dengan susu rendah lemak.
Makan Tengahari: Nasi dengan apa2 lauk pun takpe. Tapi kalau boleh jgn yang goreng-goreng. Dan jangan amik kuah. Kurangkan sambal2
Makan Malam: Sebelum Jam 7:30 malam. Kalau boleh jangan makan nasi lagi. Makan nasi sekali sehari sajork. So malam makan yogat ke apa2 la. Asal kenyang je.

So dia cakap lagi, jangan tak makan. Kalau pun nak diet ke kan. Jangan tak makan. Cuma kawal kuantiti makanan lah. 

So saya akan try. Rasanya tak susah mana pun jadual pemakanan ni kan :)

Jadi. Isnin lepas saya hadir lagi untuk treatment saya. Dua treatment dalam masa satu hari. Tapi saya akan pecahkan entry kepada dua sebab sonang nak tunjuk korang supaya kita sama-sama tidak konpius hehehe
Treatment ni Nama dia HML - Homeopathy (lupa panjang dia apa hehe). Treatment ni ambil masa Satu Jam Setengah. Dan Khusus untuk perut jugak.

Ini saya tanpa korset.
Lemak di perut sudah kurang lalaalala

mode hepi is ON bebeh




Timbang dulu papehal.
Dorang kira berat dalam paun.
So Alhamdulilah tanpa diet dan tak kawal makan (teruknya saya), berat saya turun 1 paun.
LEGAAAAAAAA

Kebaikan HML

Sila baca untuk pemahaman yang mantop :)
Dah baca?

jadinya, HML ni bukan semata-mata untuk kuruskan perut sahaja. malah dia dapatkan seimbangkan kandungan gula dalam badan tau.


Ini Mesin SRS. Tak boleh tunjuk penuh. jadi saya tunjukkan pada korang nama dia je. hehehe Skin Rejuvenation Solutian.


Sebenarnya benda ni fungsi dia sama dengan yang rawatan cina yang cocok2 jarum tu. Yang akupuntur tu la. cucuk sini cucuk sana. Macam cerita kungfu yang kita selalu tengok tu. Tapi sebab bila dengar jarum je semorang pun seriau kan. Tidaklah ku sanggup hehehe.

So ini dia rawatan akupuntur tanpa jarum i tell u.

cara dia buat adalah pakai benda ni.
Ada dua botol mcm minyak la, saya tak ingat nama dia. So dia campurkan2. So mcm ada ramuan la. Dia akan sapu minyak/air tu kat satu titik/kawasan. Pastu apply benda kat atas ni pun dia urut dalam bentuk bulatan. Pastu buat kat titik2 lain pulak. satu badan la.

Lepas tu urut perut dalam bentuk bulatan pakai stick tu jugak.

Then barulah urut pakai tangan di bahagian perut menggunakan Fire Cream. Jangan takut. Nama je Fire. Tapi tak la Fire terbabomm hahaha.

Oyye saya suka dengan lenglui yang buat treatment untuk saya tu :) harap2 takkan tukar orang sampai habis semua treatment saya hehe.

ok Setel satu treatment yang santai sangat. Jangan risau untuk treatment ni tak seksi lah sangat. Sebab Badan adalah cover, yang tak cover adalah perut sajork.

Ok jumpa NEXT entry ya



dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Puan Nad said... [Reply to Comments]

tq sharing. suka bab kawal pemakanan n jadual tuh. teringin nak g MF tp x mampu. hehe.

strawberi said... [Reply to Comments]

hebat..dlm jadual tu nmpk mkn nasik goreng..mkn yong tau fu lagi..hikss...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^