Follow Viruspadu

Sunday, June 26, 2011

Treatment Ke-Enam Marie France Bodyline

Alhamdulilah. Lepas kali ke 4 punya treatment sebenarnya saya dah boleh pakai banyak dah baju-baju lama saya yang dah lamaaaaaaaaaaaaaa saya simpan. Baju-baju lama saya bukan saya tak muat, cuma huduh benar kalau saya pakai tetiba perut tak boleh blah kan.

Salah satu baju yang sebelum ni kalau saya nak pakai PERLU bantukan korset
Sori jauh sikit kan gambar, sebab saya takde gambar latest yang penuh. Ini la yang paling latest iaitu semalam.

Saya takde la kata takde perut langsung sekarang ni, tapi dah mengecik dah. yahoooooo.

Jumaat lepas saya pegi appointment saya dengan marie france dan berat saya turun lagiiiiiiiiii... daripada 135 paun ke 127 paun. Ntah la mcm mana nak convert dalam kilo. Pepandai la korang kira-kira hahaha. Memang saya terkejut sebab saya tak diet langsung ok. Makan macam hape je. Bukan apa uols. Latelykan macam penat melampau mengerjakan hal kedai. Memang tetiap hari tidor lewat. Lepas kerja office terus pegi butik sh0ppink pulak. Macam semalam kitorang kerja sampai 2 pagi okeh.

Team sh0ppink pegi ngeteh jam 2 pagi hehehehe.
Motip cerita pasal sh0ppink?

Sebab bila terlalu bizi, saya akan makan bila penat dan lapar dan penat penat penat. Bila makan memang tak hengat apa. lepas makan menyesal. oh demyu hahaha.

Tapi Alhamdulialh. Marie France Bodyline memang membantu sangat. 
Saya pun terkejut berat saya boleh turun :)

So hari ni saya nak share dengan korang treatment saya jumaat lepas :)

So kali ni saya buat 2 jenis treatment jugak dalam masa satu hari. Kali ni saya sekalikan entry ye. Sebab satu treatment pertama kali saya buat, satu kali lagi adalah sama dengan treatment kedua saya. :) 

So Treatment pertama adalah LST - Lipo Sonic Therapy

LST ni mengambil masa satu jam setengah sahaja :) LST ni adalah teknologi terkini yang menggunakan Non-Invasive Soundwaves (erm dalam bahasa senang macam scan mengandung dulu kot hehehe... saya le faham gitu)

Proses Pertama: erm mesin ni ada 2 head (ini ikut pemahaman saya ye), memula head pertama dalam 30 minit la. soundwave dia dalam 20khz (ini saya x berapa faham, tp dpt mcm agak2 la). Dan saya diberitahu yang fungsi head pertama ni adalah untuk buang lemak2 dalam badan sehingga ke subcutaneous layer (layer ke tiga dalam badan kalau tak silap saya). Dan yang paling bagusssssssssnya adalah dia bertahan MEMBAKAR LEMAK DALAM BADAN SELAMA 3 HARI. Hari ni saya feeling2 lagi lemak saya tengah kena bakar ni hahaha. Tapi kena minum banyak air la. Sebab lemak2 akan keluar daripada peluh or drp kita buang air semua :)

Macam ini la rupanya treatment tu. Harus tak sakit kan.

Head kedua pulak lebih kurang 10 minit. Dan fungsinya punya untuk firmkan semula lah kan. tadi dah bakar lemak sekarang firm kan pulak. baru la balance.

Proses kedua: 15 minit urut, juga di bahagian perut. Urutan ni untuk softenkan fat ataupun bakar lemak lah senang cakap kan dan jugak untuk lightenkan cellulite.

Proses ketiga: 15 minit mask di bahagian perut untuk tujuan shapekan badan lor :)


Dan ini lah dia hasil selepas tu :)

Dan kemudian selepas tu. Treatment kedua saya adalah sama seperti treatment ketiga saya yang menggunakan mesin suction tu. Ada yang cakap sakit. Ada yang cakap tidak. Saya tak rasa sakit, sebab saya amik power dia yang normal. maknanya suction dia biasa2 je. kalau korang rasa sakit, boleh rikues perlahankan power suction tu tau. Jangan la diam je. Sebab kalau rasa sakit maknanya power tu tak sesuai dengan badan kita.



Ini rupa mask saya lepas kering hehe.

Detail treatment ni korang baca semula kat Entry ni ye


Nanti ada kesempatan saya snap gambar saya, maybe korang pun nak tengok perubahan dalam masa 2 minggu ni kan :)

Ok jumpa next entry

dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

besh nyerr kak jem..da selimm lg..

Ena Qalinsya said... [Reply to Comments]

bape rega sgala bagai treatment ni ek...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^