Follow Viruspadu

Tuesday, June 21, 2011

Treatment Ke-Tiga Marie France Bodyline

Apa treatment ke-3 kakjem?

Nama dia Laser Pulse System - LPS
Treatment ni ambil masa satu jam setengah dan akan meng-kaver 2 part iaitu perut dan cellulite

Hetchu cellulite!
source: goole image

Kalau siapa mengandung dan bersalin saya rasa kebanyakannya ada masalah yang sama kot kot kot kot kannnnnnn... So treatment ni bukan untuk kurus semata-mata. Macam entry lepas la saya ada tulis yang dia mengembalikan keremajaan kulit gituuu...

Marie France cawangan One Utama

Air Teh Halia, rasa dia pedas-pedas manis. Setappp (sedap)

Proses Pertama
LPS selama 30 minit, menggunakan mesin khas dia. Mesin dia juga mcm suction secara lembut. Urutan dekat bahagian2 mcm perut dan part2 mana2 yang kita nak kuruskan lah. dan jugak bahagian2 yang cellulite yang kita nak kurangkan. Kalau tak silap saya, masa saya ditunjukkan gambar contoh cellulite tu. Lebih kurang 10 kali treatment baru nampak perubahan la. Perubahan ni ikut badan seseorang, bukan semua orang dapat hasil yang sama. Mungkin saya boleh nampak perubahan selepas 10 kali treatment, ada orang yang 6 kali dah berhasil. begitu.

Proses Kedua
Massage: Urut urutan. selama 30 minit. Dia bukan urut satu badan macam korang feeling sengal2 badan ke apa. Tapi ini urutan khas untuk perut dan jugak bahagian belakang. Sebab target kita perut kan. Kalau berurut ni memang tak sedar kan. Sedap je layan sampai nak tertidor2. hehehe.

Proses Ketiga
Wrap.selama 20 minit. bahagian perut sahajork.
boleh nampak dalam kesamaran?
ini sebenarnya rupa perut saya yang di balut/wrap dengan kain khas dia. rasa dia suam-suam.

wrap ni ikut badan orang jugak. ada yang akan rasa gatal. tapi Alhamdulilah badan saya elok je pulak. :)

ok itu la dia. Tiga proses dalam Treatment LPS
Target saya, dapat kembali seperti ini pun dah syukur Alhamdulilah




dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

MyLara Sarah Cullen said... [Reply to Comments]

selimmmmnyeee kak jem dulu....

chaiyok2 kak jemmmm

manisz said... [Reply to Comments]

VP, nk tnyalah.. yg mesin yg suction tu.. sakit tak? saya pernah pergi other slimming centre, ada gak mesin suction lemak nie.. tapi sakit dia ya Allah.. mcm di hiris2 pisauuuu.. sakit giler masa dia sedut tu.. sedut tarik, sedut tarik.. giler tk tahan.. nasib lah amik yg trial pack, lau ambik full, memang membazir lah..

viruspadu said... [Reply to Comments]

@manisz

manisz,
suction tu ada level2 dia. kena bgtau kalau sakit.

sbb memula saya try sakit sbb bergantung dengan kulit dan lemak kita kan. pastu dia kurangkan power suction tu. then baru ok. sedapppp je tak sakit langsung.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^