Follow Viruspadu

Sunday, June 19, 2011

Treatment Kedua Marie France Bodyline

Ini saya sekarang :)

Agak tembam dan nampak tembam. Pipi bulat. Badan sedap-sedap haahahaha. Muka bulat. Badan agak tinggi dan berat agak berat.Muka bulat Amacam! Senang faham? hiks. Pendek kata badan dah naik lah. tsk *meratapi nasib*
saya pakai korset

Target saya nak turunkan berat badan dari 60.6 kg ke 51kg (dpt turun 55kg pun dah hebat sgt dah sbnrnya) dan kempiskan perut saya macam masa saya belum mengandung dulu. Perut kempis je. Tak pernah rasa risau ke apa nak pakai baju apa-apa pun. Dan kalau beli baju apa pun takpayah risau kena test baju dulu pun sbb tengok pun dah boleh tahu muat punya.

Sekarang?

Takpat dahhh :(

So, korang pun dah tahu dah kan, saya tengah buat treatment dengan Marie France Bodyline sekarang :)

Treatment pertama saya sangat puas hati, tapi saya tak dapat nak tunjuk gambar saya menjalani treatment tu. Macam mana pulak saya nak tunjukkan kan. Macam seksi seksa jugak keadaannya hehehe. Tapi apa yang saya boleh cakap. Memang SELESA giler treatment.

Lepas saya buat entry tu dan dapat komen ni, terus saya makin kagum :p

Blogger KSWSK said...
kwn wa 1st session ilang 2kg sbb smua tu air dlm badan kita

4:29 PM


Tu dia aihhh.... terus hilang 2 kg tuuuuuuu... kagumness.

Ok Pengalaman Kedua Kak Jem Cemana?

Ok sori tau sebab saya tak dapat tunjuk gambar saya buat treatment tu, sebab osah seksi giler kan. Kalau dapat tunjuk pun sipi2 aje la. Harap korang faham dan dapat membayangkan dengan mata hati melalui penceritaan saya ecewah hehe

Ok mula-mula sekali mestilah saya diterangkan apa treatment yang bakal saya lalui :) Saya diterangkan sampai saya faham hehehe. Dan saya juga tanya banyak kali sebab tak berapa faham :p last last saya faham :p phewwww... Sabar betul lenglui ni layan saya. Lembut je dia layan :)




Ok treatment saya kali ni nama dia adalah CLS - Chromolite Body System.  

 Treatment ni tak lama, ambil masa lebih kurang 30 minit je, tapi kebaikan dia TERBAIK ok. Dia boleh bakar lemak dan jugak mengembalikan keremajaan kulit :) kalau tak silap saya lah. ini yang saya faham :p

Mula-mula tukar baju dulu. Sebab saya akan mula buat step pertama iaitu urutan pakai mesin yang ada suction2 tu selama 15 minit. 

i'm ready :)

 Macam mana nak cakap ye. Ada satu mesin yang digunakan. Mesin tu ada mcm roda lepas tu ada lubang-lubang. Lubang2 tu yang akan sedut2 kat perut. lembutttttt je. Macam dia urut2 perut pakai benda tu sambil pusing2kan dan dalam masa yang sama sedut2. hehehehe faham tak?

Rasa dia sejukkkkkkk maksud saya mesin suction tu sejuk 20'c... hahahaha... mula2 sejuk kena badan rasa mcm tak tahan siap gelak2 terjongkit2 badan. bukan sejuk sgt tp badan terperanjat hahaha. lepas tu selesaaaaaaa je.

So lepas habis 15 minit, treatment seterusnya adalah apply mask dekat perut saya. Ini dia rupa mask yang berjaya di snap :0


Sempat dalam baring2 tu saya snap gambar kan hehehe

Lepas dah apply mask kat perut. Saya duduk bawah lampu. badan saya semua kena tutup dengan selimut kecuali perut saya je lah. Tujuan dia memang sah-sah la untuk pembakaran lemak di bahagian perut. Proses ni jugak adalah 15 minit. rasa dia suam je. tak panas sangat dan tak sejuk. suam2 sedap la.

Jadi ngam ngam la 30 minit untuk treatment CLS ni

Ok nanti saya sambung entry treatment ke 3 saya pada hari yang sama. Next Entry tau.




dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

13 komen[s]:

Melissa Nacht said... [Reply to Comments]

Well klau free, usually drg ni mmg wat baik2.. sbb drg nak bloggers promote product & service drg.. Klau VIP customer yg dtg, for sure drg akan treat baik punya.. Sbb cnfirm VIP customer tu byk duit nk bayar kan..
But, if kitorang yg biasa2 ni je yg dtg mintak advice and cari which treatment yg bagus and within our budget, xde nye drg nak lyn baik2 cm drg lyn VIP customer or cm drg lyn akak..
Well, akak kn suppose kena wat entry psal drg kan? kira promote la tu kan.. Usually tuk org2 biasa cm kitorang ni, bukan x mampu, tp ye la duit kan.. if possible biarla within our budget.. bila kita x amek package yg drg suggest, and insist nk yg len ke, sure drg wat2 xlayan next treatment.. endah x endah je..
Saya dah pernah kena tp bukan ngn marie france bodyline ni la.. But i guess taktik drg same gak kot.. im not sure bout marie france ni.. klau ade sesape yg pernah try pegi ngn budget sendri (bukan sbb promote, just try for kepuasan sendiri) pls, share with me.. So, at least saya tau drg lyn cmna kt org2 biasa.. if ok, why not pegi try kan?
Sorry la pnjg la pulak.. :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

Salam Melissa,

Awak cuba google marie france. Mungkin ada komen lain.

Tapi buat masa ni, saya sangat berpuas hati dengan servis MFB :)

si tuan putri kiUt said... [Reply to Comments]

harusssss berkebaya nyonyaaa raya nanti kann.....hehehehe eh baju raya dh tempah lom?

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

perghh...klo menjadik..mmg kagum sama lu sis...

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

ish mah... dah kurus benor dah tu akak tengok.. nak kurus lagi ke...???

itulah saya said... [Reply to Comments]

kak, dari apa yg saya tau, klo utk kurangkan berat badan ni, hanya melalui kawal pemakanan & increase physical activity dan wat exercise. treatment yg akak wat dan sewaktu dgnnya tu mmg la boleh turunkan berat but turun berat disebabkan kehilangan air dlm badan. so the best solution for weight loss is lifestyle modification in your dietary and physical activity & exercise. just sharing with u :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

tengs korang :) atas kata semangat dan juga pendapat.

Yana said... [Reply to Comments]

ala akak dah cantik sempurna nak kurus lagi ke??? sesuai sangat tingi dan berat badan...ehe kalau kurus sgt x cun..

Puan Nad said... [Reply to Comments]

aha. akak dah kurus. cantek. chup, camne leh join marie france nih? nak jugak. tgh diet biasa neh. ajak anak exercise, meraung lah plek tgh padang. aduyai.

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. said... [Reply to Comments]

i am following for a Bizzybody weight management..
that so good..
in 2 weeks i loose 4 kgs..
such a wonderful things..but have to stick to the food chart..
must have..

peej said... [Reply to Comments]

dah vote. lepas baca kat blog ceera. cepar2 ke fb n vote. :D hopefully menang. dapat coti-coti bali kan.

Printing and Advertising Services said... [Reply to Comments]

saya pun ada masalah yang sama berapa
kos membuang lemak di perut selepas bersalin.boleh bagi details.takut tertipu..hasil x best

Printing and Advertising Services said... [Reply to Comments]

berapa kos buang lembik2 kat perut n bape sesion







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^