Follow Viruspadu

Thursday, June 16, 2011

Treatment Pertama di Marie France Bodyline

Berdebar-debar :)

Saya memang berdebar-debar nak pergi treatment untuk pertama kali di Marie France Bodyline. Oyye saya ada masalah perut buncit dan lembik-lembik selepas bersalin. Tak pasti korang mengalami nasib yang sama atau pun tak? Tapi perut saya memang menggelebeh lebeh tak sukeeeeeeeeeeeeeeeee... badan kurus tp perut gelebeh. Sejak dua menjak ni asik kena tegur "awak peknen ke?" waaaaaaaaaaa tsk tsk

Kalau kat rumah, baring-baring sambil bergurau-gurau dengan nisa dan anoi, mesti diorang suka uli-uli perut saya, feeling tengah masak cekodok ke apa hahahaha mencik! mentang2 perut mama lembik haha

Biasanya masalah perut ni memang boleh cover dengan bengkung. Lepas tu terus tampak lansing giteww. Tapi kalau tak pakai, gelebeh totap kelihatan. (perut saya lah)

So bila sampai2 je kat  Marie France Bodyline ni, memang saya dah simpan semua masalah saya dalam hati. So harap2 Marie France Bodyline dapat selesaikan masalah terbuku dalam hati sejak 2007 lagi ni... Marie France Bodyline kaumengaaaaaaaa
Anak-anak peneman setia :)

Marie France Bodyline ni selesaaaaaa sangat. I like. Saya pegi yang Marie France Bodyline cawangan kat One Utama. Memang selesa dan semuanya baik-baik belaka.

itu dia bentuk badan idaman lalalalala
Agak-agak saya dapat tak bentuk badan ni dalam masa 30 hari?
**kelip-kelip mata**

Ok.

Perkara pertama yang saya buat bila saya melangkah masuk adalah:
Check lemak dalam badan, check berat, check air dalam badan dan macam-macam lagi
berat saya adalah 60.6kg dengan ketinggian 165cm.
sesi luahan perasaan hahaha

Anak-anak pun sibuk nak dengar. Macam la faham :p

Berat idaman saya adalah 51 kg. ehem. oh plisssssssss 30 hari. Capai tak target berat idaman ni?

Mula-mula kita diskas pasal cara pemakanan saya. dan saya memang suka makan sejak akhir-akhir ni.
Bagi nasi pasti habis punya. 
bagi buah pun pasti habis punya.
bagi apa pun pasti habis punya.

kata ko! 

hahaha.

Maka saya diberi satu jadual untuk saya isikan apa yang saya makan setiap hari (jadual tu nanti saya tunjuk kat korang ek, tapi next entry tau)

Ini kali pertama saya pergi Marie France Bodyline, tapi saya tak boleh buat apa-apa treatment sebab saya "cuti". Kalau "cuti" tidak boleh bikin ok, sebab masalah saya adalah di perut kan. So Marie France Bodyline akan tumpukan treatment saya di bahagian perut. Makanya kalau "cuti" agak bahaya jugak kan.

Setelah "cuti" berakhir :)

Saya kembali ke Marie France Bodyline oyyeahhhh...  Siyes tak sabar nak dapatkan treatment pertama. Sangat-sangat tak sabar huhuhuh.

Mula-mula saya kena ambil ukuran badan dan berat dulu.

kemudian saya dibawa ke dalam satu bilik untuk tukar menjadi seorang wanita jepun yang cute lagi comel berbaju kimono ahak ahak ahak

kimono saya :p

saya juga dibekalkan dengan air teh ~ ~ ~lalalalala

Treatment pertama adalah membaluti satu badan dengan sejenis kain yang basah dan suam-suam panasnya. saya lupa apa nama saintifik dia. tapi cool jugak buat dia walaupun suam sebenarnya, tapi cool hahaha.
boleh nampak bayangan saya disebalik samar samar itu?

kain tu lilit seluruh badan selama 25 minit. mcm lama 25 minit tu tapi sebenarnya sekejap aje. sebab sementara menunggu 25 minit dia bawa saya untuk buat penjagaan tangan, saya lupa snap gambar. nanti next treatment kalau ada masa saya snap ok. 

menunggu dan buku, tapi kakjem main twitter hahaha


25 minit tu tak lama, 

lepas kain lilitan dibuka, terus merah-merah badan saya, cemas jugak saya apsal badan saya merah, elejik ke apa ke kan, risau jugak. rupa2nya memang cenggitu roman eh. ok :)
tujuan lilit2 ni sebenarnya untuk pembakaran lemak
yeah i likeeee bebeh!

ok NEXT!
saya dibawa ke satu lagi bilik. bilik untuk treatment urutan khas dibahagian perut. dalam 20 minit jugak la.
lepas urutan perut, bahu, dan kaki sikit-sikit, saya di"suam"kan semula dalam selimut tebal tu. sampai tertido2 ko. 20 minit dalam tu. selesaaaaaaaa sungguh.

so itu je treatment pertama saya. dan saya sangat selesa. takde rasa terseksa ke apa. selesaaaaaa
dalam sejam setengah jugak la 

tak sabar nak pegi 2nd treatment


tak sabar nak hilangkan perut lembik ni :)

dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

akak terus sy semangat nak diet semula. skrg berat 54kg, tgi 163cm..

goodluck akak!

@e_da said... [Reply to Comments]

kak jem.. kalau tak keberatan leh tak tau kos pakage ni?

KSWSK said... [Reply to Comments]

kwn wa 1st session ilang 2kg sbb smua tu air dlm badan kita

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

dah vote da!

si tuan putri kiUt said... [Reply to Comments]

wohooooo kelassss awak jemahhh g treatment kt sini.... saya pernah pegii thn lepas free trial....hoho... kalo nk wat treat kt sini mahal kan kan....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^