Follow Viruspadu

Friday, July 01, 2011

Ada macam muka orang sakit?

ahak ahak ahak

sentap tengok mata sendiri macam itu roman eh sekarang ni :p
sembab.

Saya baru balik dari One Utama dan merempit dengan uteh. Giler ko naik motor dari OU ke cheras baru sikit punya jauh daaaa. Bayangkan sampai mengigil2 kaki saya ok. Mujurlah uteh ajak pekena mcD dulu. layannzzzz.

Sampai2 cheras terus singgah ke butik sh0ppink :)
 en.laloque tengah tolong pakaikan baju patung kot

Kalau takde aral, insyaAllah 9hb ni saya nak buat perasmian butik sh0ppink, siapa yang sudi hadir boleh tinggalkan komen ye, nnt saya emel korang.

Buat yang tanya2 kat mana butik sh0ppink ni, lokasi adalah di:
Lot 201c, Jalan 50
Kampung Cheras Baru
56100 KL
(google map alamat penuh terus, konfem jumpa punya)

buat masa ni, kitorang beroperasi mcm ni:
Isnin - Jumaat: 7.00 ptg - 10.00 mlm
Sabtu - Ahad: 10.00 pg - 10.00 mlm

Kan kitorang semua kerja, so hari biasa tak dpt nak jaga kedai. Tapi kadang2 mak/abah/abang saya tolong jagakan kedai hari biasa. So kalau ada orang nak dtg hari biasa kalau mak or abah or abang saya ada, ok la. takde hal punya :)

ok tu je.

 eh, maharajalawak dah habis kan... :( kalau tak jumaat malam semua orang dah stenby nak update status twitter hahaha.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Wanna said... [Reply to Comments]

saya nak pergi, boleh dapat diskaun tak?? hahahaha..

viruspadu said... [Reply to Comments]

@Wanna

bg emel add ye :)
takpun terus emel viruspadu@yahoo.com

Ibu Mifzal Arsyad said... [Reply to Comments]

wah..dah ada kedai..hebat..tahniah..semoga maju jaya..

Suliana said... [Reply to Comments]

tahniah kak!! dekat dgn klinik ibu anak tu ye?? selalu sy cek up perut kat situ, pastu terbyg2 rumah kak jem mesti kat sini.. hehe..

kimmy said... [Reply to Comments]

Saya rasa mcm nak pergi cuma mgkn tak dpt pergi 9hb tu kot sbb attend kenduri berganda whole day. Tahniah atas pembukaan kedai baru ye. Semoga rezeki lebih diperluaskan.

pestime masuk blog ni hehe

dhiyaz86 a.k.a mardhiyyah said... [Reply to Comments]

akak,kita nak gi...

dhiyaz86@gmail.com

elna said... [Reply to Comments]

tahniah kak jem dah bukak butik.....nak pegi jugak perasmian nie....ada dis tak nak shopping for raya....

elnawate@tsssb.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^