Follow Viruspadu

Monday, July 18, 2011

Aktiviti Sihat dan Ekonomi

Hari Ahad, selain daripada aktiviti mencuci pakaian yang dah 3 minggu terkumpul OHEMJI. dan gigil-gigil tangan kepenatan opkos la kan baju kurung adalah cuci pakai tangan ok. Baju lain basuh pakai mesin la kan. Mana tak gigil tangan hahaha. Eh eh... opis baru saya ni kan, boleh pakai seluar pegi keje tau... lalalalala tapi tak pernah try lagi lah sebab dah terbiasa pakai baju kurung hari-hari hehehe. dan saya suke dengan kerja baru saya ni. Kerja banyak tapi menyeronokkan kalau saya dapat selesaikan masalah. ::LOVE::

Ok sambung.

Maka inilah aktiviti hari ahad saya.

Pagi bangun, dalam kul 7 lebih cakap dengan en.laloque nak gi aerobik kat paroi tapi badan adalah tak larat sebab rasa macam tak cukup tido. Rasa macam nak tido je. Tapi tu la. Badan kena jugak senaman kan. So kuatkan iman jugak. Pegi jugak hehehe


Kat mana kakjem ni?

Nasib baik masa saya sampai2 tu aerobik belum start, so sempat kitorang anak beranak joging satu round. Lepas tu terus join erobik. Lama jugak erobik dalam 2 jam mcm tu. Siapa ikut memang terasa lah lemak-lemak terbakar :p. Lepas erobik bayar la RM2 dalam tabung dia. Best kan. Murah je.

So lepas selesai aerobik membakar lemak, masa untuk menjana lemak pulak kat mcD hehehe. Ada McD baru bukak tau kat tesko seremban ni. BEsAR punyaaaaaaaaa... Seremban dah best dah sekarang. Macam-macam ada. Terasa sayang pulak nak pindah KL semula huhuhuhuh



ok ni pulak aktiviti petang kitorang. En.laloque la ajak naik bukit seremban 2 ni. nak daki sampai ke puncak ada dalam setengah jam jugak.


 Laloque
Apa xtvt korang ptg2 ahad ni?? Aku hari gi mendaki bukit kat blkg umah aku ngan Nisa.

Mulanya VP ngan Anoi nak ikut, tetapi mereka kecundang separuh jalan. Tinggal la aku ngan Nisa meneruskan baki2 pendakian.

Masa mendaki Nisa penuh semangat. Dia daki sampai atas u know!! Tp mana nak turun, terpaksa aku pikul kat bahu sampai bawah! Atit leher... Nk urut...  
HEBAT NISA. mama bangga

Macam mana la saya nak follow dorang daki bukit ni. Anoi tido ok (alasan terbahek). Tidak la ku mampu nak daki gunung sambil mendukung anoi. 
Cantik kan view dari atas ni. tuuuuuuuuu rumah saya tu. hehehehe.

Satu hari nanti saya nak naik jugak bukit ni :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

eintanliana said... [Reply to Comments]

kak vp kat mne eh tmpt pendakian tuh??mcm best je view die..

mamafarah said... [Reply to Comments]

ala..jemah tu alasan je tu anoi tido..padahal lemah gemalai..mane leh nak daki2 bukit ni..cayalah nisa..belagak skit kat mama kamu tu..hehehe

Pnut said... [Reply to Comments]

mah opis lama ko tak leh pakai seluar ke?? akak belasah je opis dulu, opis lama akak pakai seluar + blouse atau jubah seluar tu.. senang balik keja nak gi paso malam..eheheheh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^