Follow Viruspadu

Wednesday, July 27, 2011

Bali Day 1 - Arrived

Phewww...

Semalam adalah saya baru sampai2 aje kat Bali ni. So memang agak kelamkabut sikit. Mana nak check saya punya Hotlink Prepaid Data Roaming dah setel ke belum. Yelah kan itu benda yang terpaling penting punya kalau tak macam mana saya nak update aktiviti saya kat Bali ni hehehe.

Dannn... ini memang percutian paling adventure yang pernah saya buat dalam hidup yang saya tak pernah terfikir yang saya akan buat adalah naik flite sorang-sorang diri. Jalan sorang-sorang diri dan malu bertanya sesat jalan hahaha mencik ok. Saya main jalan ikut sedap dan nak keluar ikut pintu mana pun ikut sedap saya hahaha. Kalau sebelum ni rupa passport pun saya tak berapa kenal sebab semua en.laloque yang jaga. Sekarang padan la muka saya :p

Saya naik flite jam 12.05 tengahari dapat seat paling depannnnnnnnn sekali. Memang selesa giler. Almaklumlah duduk depan sekali harus la dapat makan dulu kau. Kelas tak mek :p haha. Terima kasih Hotlink Now You Can sebab layan saya dengan BEST sekali.

So sampai kat Bali dalam kul 3.15 macam tu la.

Rupa kakjem setelah berpenat lelah mencari jalan keluar :p

Saya bukan kesorangan kat Bali ni. Tapi ada lagi sorang kira macam team saya la dalam Hotlink Now You Can ni. Kitorang naik flite asing-asing. Dia sampai dulu so dia tunggu saya kat airport. So saya akan berdua aje dengan dia sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti kat sini. Nama dia Andrew dan dia sebaya adik saya uteh. Dan bila saya tahu dia sebaya adik saya lalu terasa ingin membuli dia hahaha. syyyhhhhh harap2 dia tak baca statement ni. Dan dia sangat cool saya rasa sebab dia plankan semua aktiviti saya dengan sangat tersusun. I likeeeeeeeeee.

Hotel saya. Tapi bukan sepanjang masa saya kat sini saya lepak Bali ni saya duduk sini terusss ya buk (dah start speking nampak) tapinya saya disini bentar aja. Kemudian akan terus ke hotel yang lain hahaha


Best dekat sini sebab, dapat air welcome drink masa kita register ok. Kalau kat tempat kita dapat air masa tengah register macam ni kan besttttttttt hehe

ok jumpa nanti... saya akan cuba update sebanyak yang saya boleh kalau saya ada masa tau. Tapi klu korang nak live update, follow twitter saya di www.twitter.com/viruspadu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

ajumohit said... [Reply to Comments]

Tahniah jemah, sib bek Andrew Ada klu tak msti haru hehe... Enjoy ur time there!!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^