Follow Viruspadu

Wednesday, July 27, 2011

Bali Day 1 - Dinner

Selepas menggigilkan kaki sendiri di Slingshot lalu perut pun berasa lapar. Memang sengaja taknak makan dulu sebab takut nanti termuntah ke apa ke kan. Bahaya. So lapar dulu pun takpe je kan. Lagi pun bukan lapar sangat dah mentekedarah atas flite

So lepas tu kitorang berjalan dalam 45 minit semata-mata nak cari makan tapi masing2 tak tahu nak makan apa. Masing2 tanya "nak makan apa" dan masing2 pun asik jawap "i tak kisah, u nak makan apa?" hahahhaa kelakar. Tertambah susah nak decide bila dua2 pun suka beralahkan haha.

Dah nampak kat mana nak shopping ecewah tapi dapat tengok aje lah

So jalan punya jalan, mulanya nak makan kebab. Tapi rasa bosan pulak sebab kebab tu bila2 nak makan kat Malaysia pun aci je. So cancel. Jalan lagi...

Decide lagi nak makan nasi Padang, tapi ritu kat Bandung pun saya asik makan nasi padang je, so macam malas pulak nak makan

Sudahnya weols decide makan nasi goreng gerai tepi jalan je. Tawakal je makan walaupun orang cakap bahaya takut sakit perut kan. Saya tawakal je la sbb saya tengok tukang goreng tu pakai ketayap boleh? hahaha.

Nasi goreng dia boleh tahan sedap... So dua nasi goreng ni adalah Rp25,000 dan Satay 10 cucuk itu adalah Rp10,000... murah giler kan.

Tengah berjalan-jalan tu saya rasa rimas giler bawak henbeg. Pastu teringat plak plan esok nak masuk dalam air. So memang tak sesuai giler ok kau tetiba nak bawak henbeg dengan aktiviti yang adventure giler ni. Terus ajak andrew pegi beli beg galas

At Quiksilver Premium ... hasil rembatan beg. Belasah aje janji ado. Rembat dan blah. Membeli dan terus blah. Simple. Nak round2 dalam tu. Tak mungkin lol Mata masa tu pun dah ngantuk giler.

Otw back :p Ternampak Hard Rock Hotel then Andrew cakap, orang suka ambil gambar kat Hard Rock  pastu suruh saya posing hahaha. Belasah aje la....

Kitorang punya task untuk 1st day belum setel kat sini sebenarnya. banyak lagi benda kena buat macam cari teksi untuk balik ke hotel. Masa ni memang kalau tak pandai boleh kena harga mahal balik hotel padahal dekat je. Then lepas setel balik hotel kitorang jalan kaki ke hotel 101 pulak (dlm 15 minit berjalan kaki) untuk setelkan register untuk esoknya ... then jalan kaki balik semula ke hotel. then diskas2 dengan Andrew sebelum bertata tata nak balik bilik huhuhuhuh...

Penat tapi BEST.



Untuk update live aktiviti saya di Bali... follow me on twitter ya :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Myvitrd said... [Reply to Comments]

alamak teringat seh masa g honeymoon dekat bali tu..

Yanti Padli said... [Reply to Comments]

Hai...bestnye dapat gi bali..nak jugak g..

meh la singgah blog sy..

Bro ahmad said... [Reply to Comments]

best trip ke bali...teringat je

Cindyrina (The Princess) said... [Reply to Comments]

pegi Bali Xmas last year... best giler... waaa nak pegi lagi end this year..

http://www.princesscindyrina.blogspot.com

Amna Faqiha said... [Reply to Comments]

kat sana jgn mah..yg pakai ketayap x semestinya muslim..kalo kat bandung pun sama lg la org pesan jgn beli kat tepi2 jln tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^