Follow Viruspadu

Thursday, July 28, 2011

Bali Day 2 - Elephant Walking

Aktiviti ni saya rasa paling santai untuk saya. Tak perlu neves ke apa ahaks. Just pegi dan naik je. Ke korang ada yang takut naik gajah?






Bangunan dia cantik ok... Dalam ni penuh dengan lukisan dan ukiran gajah. Kalau korang minat boleh la beli ececece dah macam sales pulak ko kakjem

Apa yang bagus kat Bali ni adalah, orangnya semua baik-baik. Siyes tak tipu. Ko boleh berhenti tepi jalan dan tanya je kat siapa2 pun arah jalan ke tempat makan ke apa2 lah. Dorang memang bantu beria-ia tau. Saya mula2 tu takut jugak. Tapi disebabkan andrew ni adalah orang yang memang selamber gilerrrrrr... seronok pulak saya tengok dia main redah je sembang dengan siapa2 dia terserempak. heiii kalu saya memang la berat mulut. Suka la... teringin nak jadi peramah macam tu. hehehehe. tapi kakjem adalah kakjem kan. (tetiba)

dan apa yang bagus kat bali ni lagi adalah setiap kali kau duduk je terus dapat welcome drink ok. Tak kira la nak tanya2 ke nak apa ke, memang dapat air free2 je. Best giler kan. Kali ni saya dapat merasa air nenas asli okehhhhh... sodap ehhh lak aih


Bayaran naik gajah ni sebenarnya lagi mahal daripada ko bikin water rafting tadi. Ye saya rasa mahal la kan. Tapi bila andrew cakap macam ni terus saya rasa ok... oh okkkkkk.. ok ok betul jugak. hehehehe sudahnya redha (padahal bukan saya yang bayar pun)

"takpe lah, kita bayar mahal sikit, jadi dia dapat jaga gajah ini baik-baik"

sweet giler ayat tu saya rasa hehehe. Gajah kan hampir pupus jugak. So dengan duit ni mungkin dapat membantu gajah kan. :)

Update twitter :p

Kitorang amik yang short punya pakej, maknanya masa dia tak lama lah. Kesian wei nak naik gajah lama-lama. Naik gajah ni rasa macam duduk atas kerusi omega pun ado hahaha. kulit dia keras giler. sekali dia kepak2 kan telinga kena kaki saya hehehe. comel je rasa. 

Tengah gajah ni jalan, tetiba dia berhenti. Tetiba saya dengar tup tup tup macam kuat giler ok, Rupa2nya dia berak. Pastu dia kencing punya la banyak macam air melimpah tu. hikhikhik pengalaman pertama bersama gajah. Jakun kejap saya rasa.

So masa kitorang pusing2 ni sembang2 jugak la pasal cara2 jaga gajah apa semua. Dan saya baru tahu yang gajah adalah binatang paling bijak ok dalam dunia. Kedua paling bijak adalah dolphin. Haibat la gajah ni Haibattttttttt :)

Saya lupa nama gajah ni, tapi dia muda lagi lah, baru 17 tahun. Kalau kita2 baru form 5 ok dah kena kerja teruk2 kesian dia. Terima kasih jojo (cipta nama gajah sendiri) sebab bawak kitorang round2 dan belajar banyak pasal gajah. Moga ketemu lagi yaaaaa





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

teringin jgk nk nek gajah...sbb mcm gajah jekk yg larat angkat kite..cm kuda ke keldai ke..x yakin..hahaha

Gerek Basikal said... [Reply to Comments]

Syou noo.. naik gajah... tapi gambar2 sikit sangat. Tak cukup untuk 'membawa' kami ke lokasi ti. Nanti tangkap picture banyak2 naa... happy holiday...

Fara said... [Reply to Comments]

tak takot gajah, tp gayat tu ade lah sikit. takot tetibe gajah ngamuk ke nmpk tius ke, terbalik hehehe

atyrah said... [Reply to Comments]

akak kene turun try gajah dekat pusat konservasi gajah kebangsaan kuala gandah. lagi superbbb!!!

:)

more info @:

http://www.facebook.com/NECCKG







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^