Follow Viruspadu

Saturday, July 30, 2011

Bali Day 2 - Scuba Diving (termasuk video)

Diving adalah satu aktiviti yang saya tak pernah terfikir saya akan buat sebelum ni. Pertamanya saya adalah tak pandai berenang dan saya panik bila berada dalam air. Disebabkan saya panik bila berada dalam air maka sebab itu saya tak pandai berenang. Tapi kalau pakai lifejaket ngak apa-apa. Saya suka sukan air tp saya cemas giler kalau berenang. Saya pun pelik patutnya bila saya suka sukan air patutnya saya kena pandai berenang kan =P

Banyak kali jugak saya bagi tahu dorang yang "saya enggak bisa renang ya? boleh ka saya daifing?" hahaha terus daifing tauuu... ok diving la, tp saya ikut sleng dorang =)

Sebenarnya agak lewat jugak kitorang pegi diving ni, dah macam jam 5.30 mcm tu. Sebab Bali punya waktu mmg sebijik Malaysia ok. Tapi copek bonar golap eh. Macam kul 6.30 dah gelap dah.

Saya tengah dengar briefing. Isyarat2 dalam air kan. Sebab tak boleh bercakap kan. So kena isyarat tangan je la.Isyarat dia agak simple la macam ok ke tak ok. Ada masalah macam mana.


Muka comot angry bird telur hahahahaha


Ini video sebelum saya turun diving, mmg perlahan sikit suara sbb kamera ni dah pakai cover air tu kan.


Andrew rileks je sbb dia memang dah ada lesen diving pun :p Saya ada lesen driving je kekekeke (ok tak kelakar)


Time ni paling cemas saya rasa. Bila nak turunkan badan dengan tong gas ada kat belakang badan. Umpama macam bawak tong gas memasak pulak rasa haahaha... Masa ni kalau korang tanya apa perasaan saya?





Perasaan saya adelah, saya tak fikir apa-apa perasaan pun. Saya cuma nak cepat selesai hahaha boleh gitu. Cepat setel cepat saya boleh balik bilik dan baring. Giler kepenatan okehhhhhh... Saya macam... ok... kena terjun... ok kena buat... ok buat je lah.

Saya dah pesan dekat master tu jangan lepaskan saya dalam air nanti. So dia kena pegang je saya. Giler ko kalau dia lepas saya. Sebab saya kan tak tahu berenang. Saya cuba jugak kibas2 kaki sendiri konon2 nak try la. Nan adooooooooo bogorak do hahaha. mencik

Tak selesa jugak berada dalam air ni sebenarnya sebab yang pertama ofkos la susah nak bernafas kan. Dan segala2nya adalah berat.

Pengalaman pertama macam mana?
Mula-mula masuk dan cuba bernafas saya rasa macam. Ok

Lepas dah masuk dalam sikit. Telinga saya dah mula sakit. Dorang dah ajar la kalau sakit telinga tu nak bikin macam mana kan. Sebijik macam kalau naik flite la sebijik buat macam tu. Yang tutup hidung pastu hembus ke telinga tu. Tapi saya buat tak berjaya2 ok. Sakit giler telinga. So saya tunjuk kat master tu telinga saya sakit. Masa tu dah lupa dah isyarat tangan ke apa. Apa nak buat hahahaha.

Tapi master tu faham la telinga saya sakit, so bawak saya naik atas sikit. So lepas tu telinga saya ok. Then bawak saya turun kedalam lagi. Masa tu saya dah boleh la sikit2. Dah mula rasa selesa semua. Dah mula tengok semua kecantikan dalam laut

Kecantikan kehidupan dalam laut ni yang membuatkan kita nak masuk dalam lagi dan dalam lagi. Siyes cantik tau. Cuma satu je problem dia sebab cuaca dah gelap. So tak berapa nampak. Kalau pagi mesti cantik giler kan.










Sedang saya syok-syok tengok ikan yang lawa2 apa semua. Korang tahu tak tetiba saya terasa nak batuk. terus cemasssssssssssssssssssss giler. Macam mana kalau saya batuk? Pastu air masuk dalam mulut saya. pastu saya lemas. wahhhhhhhhhhhhhhh takuitttt.... Kan kalau kita rasa nak batuk dan kita tahan nak batuk, rasa dia lagi teruk kan. tak suke giler. terus buat isyarat tangan kat master yang saya nak naik. Terus master bawak saya naik.

"Mau masuk dalam lagi?"
"ngak perlu, udah cukup"


So, saya diving cuma dalam 20 minit macam tu. Sepatutnya sejam kan. Tapi takpe. Master cakap itu pun dah cukup bagus dah bagi orang yang pertama kali diving =) yeayyyyyyy

Maka cabaran daifing selesai yaaa... Demi Hotlink Now You can :p Demi korang yang fot saya (fot = vote)

Follow saya ditwitter untuk update terkini aktiviti cabaran saya di Bali ye :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Gerek Basikal said... [Reply to Comments]

Syok no diving. Seumur hidup saya masih belum berpeluang lagi. Setakat snokerling tu pernah le. Dan terumbu karang memang antara kawasan tercantik di dunia, di Pulau Perhentian

sweethOneY said... [Reply to Comments]

sriousss kak jem mmg haibatttt.. best ar kak menang hotlink ni ek. mcm2 aktiviti baru akak buat

a's said... [Reply to Comments]

cayalah! kak VP hebat!!!!!!!

linda said... [Reply to Comments]

vp,

diving mmg sakit telinga & penat (for first timer), tapi bila 2nd dive dah boleh counter dah benda2 tu rasa syokkkkk sangat, coz umpama swim dalam akuarium besooo. Maybe dah penat tu yang main terjun je :P tapi pelik gaks dok terjun dari depan, biasa terjun dari belakang? & why depa tak ready bawak torch lite ye? becoz nite diving bukan perkara baru kan...


owh jeles nya dpt buat banyak waterpsort FOC. wuwuwuwuwu, untung awak :) tahniah dah merasa scuba dive :)

Gerek Basikal,

Sipadan lagi hebat kot?

tentangseseorang said... [Reply to Comments]

kak, aku mahu ko diving pakai kain batik kak, kain batik. sile diving sekali lagi...

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

bravo kak jemah diving ok!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^