Follow Viruspadu

Saturday, July 30, 2011

Bali Day 2 - Wake Sliding & Flying Fish

Sebenarnya hari ke dua ni weols hanya plan awal untuk setelkan dua aktiviti aje. Water rafting dengan water sport, so bila water rafting mcm awal jugak setel so kitorang terus ke elephant walk. Dan lepas tu terus ke tepi pantai untuk main water sport pulak ... saya cuma terbayangkan banana bot je kalau water sport kah kah kah. Sebab kat PD ada kan banana boat tu, tp saya rasa saya tak pernah try pun banana tu. Ke pernah? rasanya tak pernah sebab segan kot. ngade kan tetiba segan :p

Cantik jugak pandai dia. Boleh klik sini utk info http://www.wibisana.com/


Masa ni tengah diskas pasal diving. Saya tengah bagi tahu dia yang saya tak pandai berenang so mcm takut la boleh ke diving apa semua kan. Sebab kat sini kitorang terus bayar untuk 3 benda. 1. Diving, 2. Flying Fish dan 3. Wake Sliding :)



Yeah... Ready bebeh... Ntah la saya ni bukannya berani sangat tapi buat2 berani aje lah try semua cabaran Hotlink Now You Can ni. Sebab tu tiap kali Andrew tanya "you takut tak?" lepas tu saya mesti pause sebab tak tahu nak jawab apa... takut ke tak? excited ke apa? Yelah sukan air ni memang saya xcited giler kan. Macam bila excited + takut = jadi apa??  feeling tu yang buat saya jadi pause tak tahu nak cakap apa hehe



Ini wake sliding :p

Nampak macam simple. Tapi lajuuuuuuuuu giler ok. Saya rasa macam nak terbang melayang terkeluar. So saya pegang tali dia kuat giler. Bila selesai terus tangan saya krem ok. hahaha... tapi best gilerrrrrrr



Utk wake sliding ni ada video dia, nanti part video tu saya share pelan-pelan la ye. Nak mengupload kat youtube tu memang agar mencabar sikit kan. So tunggu nanti la ye :) 

Lepas tu terus kitorang buat Flying Fish. Rupa dia mcm ni. Tapi yang ni saya google la sebeb bateri kamera habis nok. hahaha... so takde lak kenangan buat flying fish.

Dalam gambar nampak macam flying fish lagi gerun dari wake sliding kan. Tapikan flying fish ni siyes tak berapa takut daripada wake sliding tu tau... Dia macam terbang tapi best.

Oyye, ada few jugak video saya dah upload kat youtube. Tapi saya tak publish lagi kat sini. So kalau korang malas nak tunggu saya publish kat blog, boleh terus pegi youtube dan search "viruspadu" so nanti akan jumpa video saya bikin macam-macam cabaran Hotllink Now You Can :)

Ok jumpa nanti



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

itu mcm bestttttt

linda said... [Reply to Comments]

ya ampunnnn, saya mmg sukak kalo p coti buat watersport activities. aaaaaa, jelessss

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

bestnyerr...bestnyerr...ni N gemor...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^