Follow Viruspadu

Friday, July 15, 2011

Bilik Sebelah

Nisa masih lagi tido dengan kitorang (ibu bapa dan adik). Hari tu plan je lebih nak bagi dia tidor bilik sendiri tapi nan adooooooo.

So malam tadi, dalam kul 10 mcm tu saya sembang2 la dengan nisa

"ok nisa, nisa tido bilik nisa ye malam ni"
"ok mamaaa"

wahhhhhh dia memang teringin sangat la tu, so saya pun bukak lampu apa semua, bawak dia kat bilik sebelah. Nisa pun terus naik katil, tarik selimut bagai

"bila mama nak beli tv kat bilik kakak ni?"

wahhhhhhhhhhhhh over sangat kau nisa hahahaha...

"kalau kakak nak tgk tv, datang je bilik mama ok"
"mama, nanti kalau mama rindukan kakak, mama datang la bilik kakak"
"ok... salam mama dulu"
"baiii mama, eh mama, mama jangan tutup lampu tau, biar je bukak. pintu tu pun jangan tutup"
"ok... selamat malam nisa"

saya terus masuk bilik saya, nisa sorang2 dalam bilik dia.

seminit kemudian

"mama, mana susu kakak?"
"ooo lupa, nah amik ni"

seminit lagi dia masuk bilik lg
"mamaaaa... nanti kalau mama rindukan kakak, nanti kakak datang tau" sambil usap2 pipi saya

hahahahaha... kelakar giler saya tengok perangai nisa malam tadi. kesudahan dia, dia tido ngan kitorang jugak. saya pujuk nak teman dia tido kat bilik dia pun dia dah taknak dah...

maybe tunggu adik dia dah besar sikit, baru dua2 berani kot :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

aishah jamrek said... [Reply to Comments]

adik kawan saya tido dengan mak dia sampai sekolah darjah 5..

Nur Qaseh said... [Reply to Comments]

anak saya pon usia dah 6 dan 5 tahun...tp masih x mahu tido bilik sendiri...last2 beli katil bujang lain dok dlm bilik utama, tp ayah yg kena tido katil tu..hehe

GnieSyazni SSC said... [Reply to Comments]

hehe Nisa belum puas bermanja dgn mamanye tu =)

joijoi80 said... [Reply to Comments]

nak kena teman sampai dia tidor dulu la... dah lena baru tinggalkan dia..tp ingat la mula2 kalau tgh mlm dia terjaga mesti dia dt kebilik kitanya..lama2 nanti okla...

peej said... [Reply to Comments]

kita org memang tak pernah tido bilik mama n papa dpd sekecik2. semua 4 tido bilik sesama kat rumah maktok. pindah sini baru bilik kongsi 2-2.
dapat tidur bilik parents bila demam je. time tu rasa best habis la. heheh.

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hahah kelakar la nisa nie.. tgu anoi besar sket la kak jem baru nisa ada kawan nak teman tido







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^