Follow Viruspadu

Sunday, July 31, 2011

Dia Datang Rumah Ko!

Terasa macam tak nak bagi tahu korang semua supaya saya tahu sorang-sorang saya je hahhahaha... Supaya saya sorang saje dapat keuntungan aserehe ha reheeeee.... Supaya bila perodua bagi tahu dorang ada kat seremban, saya jadi orang pertama yang balas twit pastu dorang datang rumah saya dan check kembara dengan viva saya sekali harung muahahhaha...

Nak raya ni beb... kereta harus di servis okehhhhhhhh

kata nak jalan jauh kannn. Rasanya tahun ni macam tahun lepas lepas jugak kot. Kitorang akan balik perak. Jalan jauh harus servis kereta wei, jangan gambel sangat tau. Kang kereta tersadai tepi jalan kang... makan la lemang tepi jalan kannn... meratapi tsk tsk tsk.

[air5.JPG]

Ok ini yang biasa-biasa kita buat kan ...

pegi pusat servis lalu cakap nak servis kereta. lalu menunggu la ko disana selama 5 jam sampai keras2 muka.

Haaaaaaaaaaaa... ini lah benda yang saya taknak share dengan korang ni hahaha... tapi takpe lah. bagi tahu jugak la (tak ikhlas hahahaha nanti korang dapat dulu, melepas lah kakjem)

Berita baik kepada kita-kita yang ada kereta perodua ehem ehem. Siapa takde perodua sila gigit jari sekarang hahaha. Perodua sekarang dah melancarkan Perodua Tweckbot tau...

Apa tu??
Apa tu??

Apa  Perodua Tweckbot tu kakjem yang cantik jelita? (oh pehlissssssss)






Taknak bagi tahu korang takpe tak? kah kah kah kah kah

ok tipu :p ... mesti la saya bagi tahu punya. Saya kan cantik jelita hahaha (oh pehlis sekali lagi)


Konsep dia macam ni

Rasanya ini adalah yang pertama dalam Malaysia kot (mungkin jugak pertama dalam dunia) yang bagi servis terbaik semacam ini. Mekanik dia sendiri datang rumah ko untuk checkkan kereta ko ok. Ko tunggu aje kat rumah. Heaven gilak ini macam. Paling tak shukeeeeeeeeee tunggu lama2 kalau servis kereta ok. Dan yang pasti ini yang pertama di Malaysia dan even 1st in the World yang Perodua Tweckbot bagi perkhidmatan pemeriksaan 15 poin percuma berasaskan TWITTER tau. Korang yang takde akaun twitter tu lebih baik sign up sekarang ok.

Contohnya kan, Perodua akan twit lokasi dorang kat mana tau. Tapi korang harus la kena follow twit perodua kalau tak macam mana lak korang nak alert ye tak? korang follow @MYPerodua.

Gituuuuuuuuu je...

nampak je, terus balas ok. jangan nak fikir doploh kali baru nak balas twit, ingat ni apa? ingat nak balas twit kekasih ke kena fikir masak-masak dulu dikhuatiri merajuk ke apa hahaha.


Konsep dia lagi macam gini.

Mekanik bertauliah yang terer abis ni dari perodua ni akan menawarkan pemeriksaan 15 poin dengan percuma kat kereta korang. Ntah la 15 poin tu termasuk area mana saya tak pasti pulak. Maybe check minyak hitam, oil filter, minyak break, minyak gear, aircond, engine apa semua la. yang servis biasa2 korang pegi tu. Tapi kalau betul ada rosak kat mana-mana. Dorang tak repair tau. Dorang cuma check sahajooooooo. Kalau rosak, korang tetap la kena hantar workshop. repair. gituuuuuuu.

Ada pahemmm?




Yelah, ini pun dah banyak untung dah saya rasa. Yelah dia dah jimatkan banyak masa menunggu masa pegi servis kereta kan. So kat sana dorang takyah la ulang nak check satu2 lagi. Just terus buat mana yang rosak je.

Dannnnnnnn...

Kalau masa dorang check dan tengok kereta kita dalam keadaan semuanya ok. Lagi la best. Takyah pegi workshop dah. Selamattttttttt....



Anda Keutamaan Kami kan slogan Perodua sekarang ni kan. Bangga pulak saya ada kereta dua-dua perodua kannnn. Mana nak cari syarikat kereta yang sanggup datang rumah ko nak checkkan kereta ko kan. Ish kalau la saya dapat la balas twit jd orang pertama lak tu kan. Mesti pening mekanik tu, sekali dua kereta dia kena check hahaha. untung makjemah haha.


Diingatkan, Servis ini terbuka hanya kepada pemilik kenderaan Perodua sahaja kerana ANDA KEUTAMAAN KAMI, so kalau korang owner perodua tu aje la yang dilayan ek. Kalau pinjam adalah tidak aci hahaha. Sekali kereta sewa kannnn... memang nak kena la tu. :p



Kembara dan Viva Porevahhhh... 



Jom kita tengok video ni :)
http://www.youtube.com/watch?v=iPRFliWGsRg


So, jom sama-sama kita alert ya!
Kalau Perodua twit je, kita terus balas tau.
Macam besttttttttttttt... datang rumah dah checkkan kereta ku.... percumakkkkk

So jom Follow @ twitter.com/myperodua

Ayomat Geset Go!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

一介草夫 said... [Reply to Comments]

selamat sejahtera ucapkan kpd adinda dan seisi keluarga ,salam mesra.cuba baca blog :yijiecaofu blogspot.dengan version terjemahan tidak tepat maksudnya.cuba baca translasinya dari kawan yang boleh baca BC

zino said... [Reply to Comments]

liplap la kereta ..sesuai utk raya nanti tu... saya tak guna produa tengok je lah hehe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

perodua kancil my 'sayang' yg t'sadai sbb cermin pecah gara2 ada org baling mercun tu, rasa2nya dia buleh check2 x? hu3..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^