Friday, July 01, 2011

Episode 29: U Pink My Heart

Sambungan episod 28:


Plan 4:
mcm mana nak bagitahu ibu bapa.

HAHAHAHA part ini yang terpaling takuit sekali ok

korang agak-agak macam mana kitorang bagitahu ibu bapa yang kitorang nak kawen?
macam mana penerimaan keluarga saya?


Saya tak tahu macam mana en.laloque bagitahu family dia.. Sebab saya nengok dia rileks je. Saya ni ha siap peluh2 gajah lagi kemain fenikkkkk lagi okeh. yelah masa tu umur saya baru 23 tahun. muda sangat lagi kot.

plan punya plan punya plan.
sembang punya sembang

akhirnya sepakat, kira macam ni je.

"abang, nanti abang hantar ma balik kan, singgah kat kedai abah, pastu abang cakap la dengan abah"
"ok"
"ish abang ni boleh ke?"
"boleh"
"abang nak cakap macam mana?"

hahaha sibuk nak tahu hahaha. tapi en.laloque x bgtahu pun. eksennnnnnn (ke dia pun penik sbnrnya)

kiranya biar en.laloque setel sendiri cakap dengan abah saya la. saya nak bgtau sendiri ... oh nooooooooo tidakkkk.

So, hari yang dinanti pun tiba. seminggu saya tak lalu makan mengenangkan plan kitorang tu. Dalam perjalanan pun terasa peniknya.

dup dap dup dap

terasa jalan clear plak. kalau trafik lite lampu hijau rasa nak marah plak. sbb kalau hijau je cepat sangat sampai rumah kan hahaha.

dan...

sampai dekat kedai abah.

parking depan kedai. keluar dari kereta dengan berdebar-debar.

"abah, kawan andak nak jumpa"

saya senyum-senyum. abah saya pelik (agaknyalah)

dan laju-laju saya meninggalkan dua orang lelaki itu untuk berbicara.
(lari balik rumah, takuitttt)



bersambung...



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

mama iris said... [Reply to Comments]

berdebar lak kita...pengalaman lebih kurang sama tapi encik suami kene ckp ngan mak la...hehhehhe..mmg x lalu makan....betul la jalan x jam and lampu hijau je mmg rasa alahaaaiiiii.......

RieNa said... [Reply to Comments]

alaaa..sambung laa lps en laloque ckp..k jemah ni laa..eiii..geram geram geram!

ni sambungannya jgnla tunggu 6 bln lg tau!

puan nina said... [Reply to Comments]

alaaaaaa...kite dah excited ni sekali bersambung pulak..

Suliana said... [Reply to Comments]

ala kak jem ni. awat pendek sangat.. sy dah khatam dah baca episod cinta akak tau.. bulan bape plak nak update ni? hehe.. siap boleh imagine bila gi klinik cek perut tu, kat sini agaknya en lalok tgu kak jem.. wahaha.. betapa hebtnya penangan cerita akak.. kekeke

GrEeNLaicY said... [Reply to Comments]

aaaa..tekanannnnnn~~~tgh excited baca ..tetiba takat tu jer? mcm "kuiz itu ajer" kat radio lak. Tp saya suker, coz u all sweet+loving gitu...anak2 pun comel. Moga berbahgia selalu..amiiiiin :)

Dee said... [Reply to Comments]

ala..sambung ni tahun depan ke baru dpt baca..nanges lagi..huhu..

atty's said... [Reply to Comments]

lor awat pendek sgt mah..saje je kan..excited org nak tau nie..

LUNA LANUN said... [Reply to Comments]

egegegege... kompom bdebar semacam si teruna saat ingin meluahkan untuk menyunting bunga di taman kepada keluarga si dara...

Entri terbaru, pilih je mana yang korang nak baca:
1. Menara Jam Atkinson - Antara Bangunan Tertua Di Kota Kinabalu, Sabah
2. Friendster Bertukar jadi 'Gamester'
3. Serius Cute Giler Video si Selena Gomez Terkejut Jumpa Shia LaBoeuf
4. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"
5. 7 Tips Menjadikan Artikel Blog Anda Mesra Pembaca
6. Farmville Memang Wujud Di Papar, Sabah

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^