Monday, July 04, 2011

Episode 30: U Pink My Heart

Sambungan episod 29:


"abah, kawan andak nak jumpa"


saya senyum-senyum. abah saya pelik (agaknyalah)


dan laju-laju saya meninggalkan dua orang lelaki itu untuk berbicara. (lari balik rumah, takuitttt)

Dari perspektif laloque:

L: Assalamualaikum pak.. ops! pak cik (sambil hulur tangan yang berpeluh utk bersalaman)
A: Walaikumsalam...
L: Saya Shamsul.. pak cik apa kabar?
A: Alhamdulillah.. baik jer

Pastu aku asik tanya soal bisnes perabot (ayah vp masa tu bukak kedai perabot), soal asal usul kampung cheras baru, pasal keturunan minang (sebab ayah vp pun minang), pasal cuaca, pasal selsema burung... tak terkeluar dari mulut kata2 keramat yang aku nak menyunting anaknya.

Setelah 45 kali tarik napas, 76 kali telan air liur, al-fatihah 7 kali, 3 Qul 17 kali, angin kentut yang ditahan dalam perut pun dah mulai membeku... tersembur juga ayat...

L: ermmm.. aaa.. se se se sebenarnya saya datang ni nak merisik.. ops! nak bertanya...
A: hahaha (mmg bakal pak mertua aku tu kuat ketawa)... naper tak cakap. Pak cik tengok pun dah tau...
L: hehe... ingat nak bincang terus...
A: hish!! kot iye pun suruh la org tua yg datang bincang..
L: Kalo hantaran saya bagi RM**** sebersatu cukup tak pak cik??
A: Terpulang korang la... tapi suruh orang tua datang bincang..

Malu guwe.. nampak sangat dah tak sabar nak nikah! kah kah kah..

bersambung...




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu

www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

hahaha.. gelojoh la en lalok ni.. kekeke..

puan nina said... [Reply to Comments]

olololo suwitnya...

oneyani said... [Reply to Comments]

uish agak mencabar la rintangan yang dilalui...en laloque memang terbaek ah..hihi

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

keh3..gelejohnyer?hik3.

adoii vp,bila ada sampung episod ni?tak perasan dh smpi 30 dah..huhu.cicir keretapi lah LM ni

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

ahaha gelojah la en lalok nie ekekeke

Lieya said... [Reply to Comments]

suspennya..tak sabo nak baca kesah seterusnya..ekkeke

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^