Follow Viruspadu

Monday, July 11, 2011

Floria Putrajaya

Siapa dah pergi?

Chantekkk kannn... suke sangat.

Semuanya kebetulan yang mensebabkan saya tersinggah kat Floria ni. Sabtu lepas la. Perjalanan dari Seremban nak balik ke Cheras. Risau sangat mulanya takut jalan jem seperti yang digembar gemburkan. Tapi mahu atau tidak, kena jugak la rempuh sebab kena jugak balik cheras kan. Sekali ajaib je rasa. Highway lengang tak macam biasa. Singgah rnr makan dulu. Pelik jugak. Takyah rebut2 meja boleh duduk mana2 je, yelahkan kalau datang kul doblas setengah, parking pun susah duduk pun meja payah nak dapat kan. Tapi lengang je RNR.

Then terus kan perjalanan.

Jalan sangat cantik tak boleh blah

"jom singgah putrajaya nak? ada pesta floria tau" ~kata suami

saya diam tak cakap apa-apa. Sebenarnya lebih kepada mengelamun, ingatkan dia main-main je. Tiba ke dia dah sampai putrajaya dah.

"apsal lalu sini pa, kita nak gi mana?"
"laaaaaaaaaaaaaaaaa... !@#$%"

hahahahaha... hangen je laki den hahahahaha...

Kat sini pun jalan cantik, semuanya cantik, I likeeeeee. Siyes feeling zaman 90-an yang kalau raya pertama memang jalan lengang siap boleh ikat tali kasut tengah2 jalan hahaha.

Booth pertama yang saya terjah adalah kedai beg ni :)

Macam-macam aktiviti kat sana, cuma saya tak dapat join dan tengok semua disebabkan masa ni nisa tersangat aktif sekali. Yelah... baru lepas makan kan, tenaga terkumpul banyak sangat haha


Bahu saya dah senget sebelah dah seharian mendukung anoi.
 Ambil peluang beli sutera batik :)
biasanya kalau ada event cenggini yang dapat harga murah2 pun. hari2 biasa kalau pegi kedai. payah nak turun rege. nak turun seploh hengget pun payah.
tekaaa saya amik yang manaaaa?

hadiah hari papa yang tertangguh :)

selebihnya kitorang jalan2 tengok bunga je. cantik la depa hias. memang khas untuk fotografer tau







En.laloque cakap, nanti dia nak pegi lagi sorang2, nak menikmati pemandangan kat situ sambil praktis mata dia. Tapi saya tak tahu floria ni sampai bila.

Dah abis ke belum ek?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

S!eZaN said... [Reply to Comments]

Lambat lg la nk abis akak..17 ni last..saye yang dekat ni pun lum singgah lg..lalu je tiap2 hari..huhu

Lee-Yan-Naa said... [Reply to Comments]

Belum kak..sampai 17hb :D

mzhany said... [Reply to Comments]

kak, floria sampai weekend ni...

sHiReEn said... [Reply to Comments]

zaimah... cuba pegi waktu malam plak... cantikkkkk.... berwarna-warni.. lagi cantik dari I-city.. :)

anis said... [Reply to Comments]

pergi la malam.. ada bot berhias...

stormz said... [Reply to Comments]

blm abes lg kak. ahad ni last. pgla mlm2 ade perarakan bunga n bunga api skali. sgt cantik

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

owh..ade lg weekend ni ekk..nk terjah laa..aritu pegi x siap lg..ms tu g mkn kt Umai D Lake...

lily lotus said... [Reply to Comments]

shanteknya, harap sempat pergi weekend ni..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^