Follow Viruspadu

Wednesday, July 06, 2011

Maksud tak sama

Dalam bas hari ni, tiba2 saya teringat pasal zaman-zaman matrik dulu. Kelakar betul rasanya. Nak2 pulak saya memang tak pernah keluar dari KL. Maka banyak bahasa yang saya tak berapa nak faham. Kira macam agak2 aje lah maksud dia kan.

1. Selalu
Dulu korang perasan tak, kalau beli keropok ke kerepek dari pantai timur. Dekat packing dia tulis

"boleh dimakan selalu"
"sedap dimakan selalu"

masa dulu saya selalu gelak2 baca. hahaha kalau makan sekali sekala tak boleh ke? kalau makan sekali sekala tak sedap ker. Kena selalu jugak hahaha. Rasa pelik tahu.

Lepas tu saya masuk matrik, kawan saya nama dia isma (hai isma :p ) dia orang terengganu. Banyak sangat saya belajar dari dia hehehe. Kan dulu, abis kelas terus singgah cafe beli makanan tapau. Yelah nak makan sama2 gitu. Pastu selalu la tanya

"nak makan bila?"

pastu dia jawab

"makan lalu"

hahahaha... apsal nak lalu2 pulak, orang ajak makan je pun hahaha. sengal kakjem ni.

pastu dia pun ekplen la. makan lalu tu maknanya "makan sekarang" hahaha. lor ye keeee... baru ku tahu :)

2. Suka

Saya dulu memang rapat dengan isma (dan semua rumet saya). Kitorang kalau balik dari kelas, memang keje mengejar bas ok. Berebut2 naik bas. Ada satu hari isma tergelincir ke terjatuh ke tersadung ke tak igt lah. Tapi memang kelakar. Siapa yang tengok memang gelak punya. Tetiba isma cakap dengan saya

"budok lelaki tu sukeee kat aku"

hahahaha kelakar, saya igt isma ckp, budak2 tu suke tu minat kat dia. rupa2nya dia ekplen, bukan minat tapi suke = gelak/ketawa kan dia hahaha. adoi la.

3. Kopek
hahaha ini memang konfem korang tahu apa maksud dia kan. Tapi siyes dulu yang saya tahu kopek = kupas. mcm kopek kelapa gitu. tak tahu pulak ada maksud lain.

"ala kopek aje la"
"ish tak baik cakap mcm tu"

hahahaha kan tetiba macam mencarut kan. padahal saya maksudkan kupas.


---
ok ni je yang saya igt. nnt kalau igt lagi, saya story lagi :)
kenangan yang takkan dilupakan



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

13 komen[s]:

Bluewendy said... [Reply to Comments]

kih3.. org trg mmg maksud len jek..hahaha..:)

Atiqahtuty said... [Reply to Comments]

saya masa kat matrik dulu, dapat rumate kelantan. selalu konfius dengan perkataan KELMARIN. diorang kelmarin tu maksudnya semalam. kalau kelmarin diorang panggil kelmarin dulu hi3

aishah jamrek said... [Reply to Comments]

lawak la kak jem..lebih kurang je kita ni..

mysha said... [Reply to Comments]

hahaha...lAwak ar kak...

mCm hubby fM pun gitu.. aDa ke dia caKap tailor tu kaTa takleh jaHit seLalu.. confius dibuatnyer... pe hal pulaK tukang jahit tak leh jahiT selaLu?? rupernyer tAKleh jahiT sekaRang ekekekeke

sAMa gAK kak mCM ayaT peLawok.. kTe ingaTKan cloWn rupErnyEr penipu... hehehe

shaliza said... [Reply to Comments]

:-)sweet kan....itulah indahnya loghat2 kat Msia ni...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

ok phm2...so pasni tak leh sebut kopek buah butan lah ngan mereka ye?hehehe

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

ah ah..ayu pun kadang2 salah tafsir gak...

Puan Nad said... [Reply to Comments]

haha.

Jo kak jem. Februari lepas, saya pun ade wat entry ni. Meh bace. http://nuruldania.blogspot.com/2011/02/kisah-semasa-ypm-part-1.html.

rindu kengkawan lama.

vagg© said... [Reply to Comments]

lagi satu kakjem. penah dengar tak BERAHI. berahi dlm bahse ganu=suka (bukan suka yg gelak tu tau. saya suka makan eskem. kalo ganu, saya berahi mkn eskem.)

ooo emmm ji. kalo org luar baca.. trus igt lululucah haha.

ShilaShower said... [Reply to Comments]

kawan i kat matrik dulu ayat nih.

"air tujuh yupi katun jugait"

hahahaha. sampai skarang i ingat okeh.

air seven up je maksud dia. kan ada lambang kartun joget tu. :P

kinna said... [Reply to Comments]

sebab tu kdg2 saya ada masalah komunikasi ngn husband..selalunya kitorg gelak je sbb sorg itik, sorg ayam, camna nak fhm??

A Few Article said... [Reply to Comments]

Kak Jem, nak kongsi 1 lagi, klu sebelah utara KOPEK tu sama dgn BEG DUIT. he he
--
PROMOSI COLLAGEN VCO-100% DARI SUMBER SEMULAJADI-UNTUK KULIT LEBIH LICIN-berminat menjadi agen plz PM me yer

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

hahahaha sama la kak jem. housemate and roomate saya kat poli ngan U dulu pun mmg dari ganu. dan saya mengalami masalah yg sama juga hahahha..

saya dulu ingat sekupang adalah rm1 so mula2x makcik tu ckp "lagi sekupang dik" terus saya hulur rm1. pastu dia ckp lagi "xde sekupang ke?" saya ckp " tu sekupang" kena gelak ngan makcik gerai tu. hahahah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^