Follow Viruspadu

Wednesday, July 06, 2011

Plan Terkejut ke I-City

Makan dekat tutifruti adalah acara wajib lepas saya buat treatment dekat marie france hehe. Anoi dengan nisa pun asal datang jemput mama je, otometik dorang mesti mintak nak makan eseremmm... bukan dorang tahu ini yogurt ke apa. Janji sojukkkk eh kan, eserem la tu hahaha. Saya pun kalau tak baca kat situ yogurt pun saya ingat eserem biasa2 jugak kekeke.


Sebenarnya lepas nisa pegi icity minggu lepas dengan nenek, pastu nisa teringin nak beli telinga arnab yang ada lampu kelip2 tu. Rasa kesian pulak. Sebelum ni lagi memang ada janji nak bawak nisa dan anoi pegi i-city tengok lampu2 ni. Tapi well... omak eh bizi benau dengan butik, makanyaaaaaaa asiklah tertangguh2 gitu.

So bila tengok anak sedih2 terus en.laloque berjanji dengan anak, nak bawak i-city hari rabu malam khamis sebab dia coti nak teman abah operate mata. Tetiba semalam, terus en.laloque ajak pegi sana. Saya ON aje la. Memang tak sanggup jugak tiap2 hari balik lambat kan. Sebab khamis ada hal, jumaat pun ada hal gak. Phewwwwwww... mata panda la jawabnya uolssss.

So, dengan bekal susunya tak bawak, semua serba kekurangan. Gambel sajork. Hadapi dengan tenang la kalau budak2 meragam. Bukan tak biasa kan hehe.

I-City. Shah Alam. Dekat Area Padang Jawa.



Nisa paksa kitorang posing kat sini kekeke. Kalau tak dia sentap. Geram betul dengan perangai nisa sekarang ni. Nengok tak gambar yang dia sorang pandang belakang tu. Haaa tengah sentap la tu mama x dengar arahan dia. Dia suh saya pegang buah warna kuning tu, tp saya pegang daun jugak hahaha. Hangennn je dia.
Dan disebabkan pengaruh agent oso jugak, dan dah janji nak bawak nisa main snow. redah je laaaa...


So bayaran dia boleh tahan jugak la

Parking: RM5 (tp orang kata RM10 kan)
Masuk Snow : RM25 dewasa, RM20 kanak-kanak
Sewa kasut: RM10 sorang
Sarung tangan beli sendiri

so mcm mana mahal ke idokkkkkkkkk?

dah la saya tak bawak duit banyak hukhukhuk. last2 tinggal sepuluh hengget je dalam dompet haha. terus miskin kauuu. Demi anak gembira kan.



 gambar2 nisa yang snap, bila kita nak snapkan gambar dia. dia cakap

"takpe, takpe... biar kakak amik gambar sendiri" hahahaha... genetik sapakah!



lepak dalam tu x boleh lama pun. Tak sampai setengah jam kot. giler ko kemain sejuk kat dalam tu. Berbanding masa dalam tu = duit yang dibayar mmg sungguh la !@#$%^ gagagaga... tapi takpe. redha ecehhh tp kutuk :p

Yea akhirnya dapat beli telinga arnab berkelip2

Puas hatiiiiiii la tapiii :)

Sebab tengok anak2 seronok kan. So lepas tu kitorang terus balik keseremban. Sampai rumah pun dah lewat sangat sangat dah... phewwwwww esok nak kerja lagi =)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

14 komen[s]:

My Mom's Diary said... [Reply to Comments]

as salam. MMD pun recently pergi ke i-city, kebetulan ada mini concert Lipton, kena bayar RM10 parking. MMD pun ada snap photos banyak2.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

salam vp.
wahh meriahnya kat sana ye.teringin sgt2 nak gi.lum pernah smpi lg.td tgk kat blog papa nisa..tp gmbr sikit benar.sbb tu laju2 cr sini nak tgk gmbr budak2 tu...hik3

AnaLyana said... [Reply to Comments]

phewww,, memang mata panda betul ni...larat ke kak? hihi

Suliana said... [Reply to Comments]

sy pernah pegi sekali je, nak rasa :-) tak penat ke kak.. klu sy mesti dah letih.. huwaa.. tlg rasa penat akak :-)

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

kak jemah, sy dok shah alam pun tak sampai lagi. sebabnya takat nak pegi berdua, rugi rasanya..hehehe..

nifalnin... said... [Reply to Comments]

kak jem,

klu weekend memang kena byr 10 hengget.. tp kak jem pi hr biasa kan, tu yg kena 5 hengget je parking tu....

seronok jln kat dlm tu tgk lampu lip lap lip lap... tp ms sy pg ujan kemain lebat... dah jd x seronok... wuwuwuwuuwwuwu....


*suke tgk anoi yg comel dan gebu itu...

AyangAizul said... [Reply to Comments]

kitorg dok seberang hway jer kak hareemmm nak jejak ke situ. dulu masa free slalu gak la pusing2 dlm tu tp sejak kena byr mmg tak kuasa la nak msuk.
ada msuk 2xjer pun sjk kena byr. skali masa ada Dora dtg kat situ bwk anak2, pstu skali makcik asben dr perak dtg dok umah sedara lain kat kl pegi situ so dah kata dok sbrg hway jenguk la gak diorg jap. org jejauh kemain dtg 3-4kali.

umah snow tu kitorg nak tgu murah sket br masuk aci tak..???

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

demi anak2...apepon kita sanggup yer kak..

ShaZNa said... [Reply to Comments]

jauh nau kak jemah berjln smp ke shah alam eh..sy da pegi 2 kali n da mls nak pegi da sbb jemmmmmmm....hehe

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Saya rasa snow tu adalah agak mahalllllll idak la eden sanggup tapi takpelah Kak Jem demi anak2 janji bawak sekali pun dah cukup kan..

honey amour said... [Reply to Comments]

memang best pegi icity ni..tp tu la..panas mak aihh kemain lagi kecuali kat tmpt salji2 tu..

btw..salam kenal :)

Rahayu & Syahrulnizam said... [Reply to Comments]

alololo..i-city tu dekat jer ngan umah kak ayu, tapi kami lom penah kesitu lagi haaahhah!

(eh, dekat bebonor dah tu mah, elok pass by hand jer scarf yg i beli tu..hahha, tak sabar ni... hrp esok sampai. nnti i tayang kat belog ehhhh!)

kasuma said... [Reply to Comments]

pretty pink blog :)

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

kak jem, umah sy nak i-city dekat jer.. kalo tau boleh jumpaan kan..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^