Follow Viruspadu

Thursday, July 07, 2011

Treatment Ke- Sembilan Marie France Bodyline

Hai korang...

Ok dah treatment ke 9 dah kan. Tak. Sebenarnya ini baru yang ke 7 sebenarnya, cuma hari tu saya pecahkan entry so nampak mcm banyak pulak kan. Padahal baru kali ke 7 hehehe.

So sebelum apa-apa, sebab ramai sangat yang tanya berapa harga treatment tu kat saya. So ini saya kopipeskan gambar dekat website mariefrance ya




So amacam puas hati tak hehe?
kalau nak bayar bulan2 pun boleh. Nak amik pakej pun aci. Pilih dong yang mana kamuk sukakkk :)


Ok berbalik kepada treatment saya.
Siyes saya tak ingat apa nama treatment saya sebab saya lupa pulak nak salin dan takde pen hehehehe. Tapi yang boleh saya cakap, Treatment ni amik masa satu jam 40 minit. Dan yaaa......... kali ni tak melibatkan perut langsung ok. Cuma bahagian lengan dan juga belakang. Perasan tak biasanya lemak2 memang berkumpul kat area2 tu. Perut. Lengan dan jugak belakang badan. Haaaaaaaaaa... situ la

Mula-mula dalam 40 minit, menggunakan satu mesin. Kira macam mesin tu ada stick dia tau. Stick tu la dia gosok2 kat badan kita. Tapi dia letak gel la wei. Tersagat pulak kulit kang gosok2 gitu je kan hehehehe.

So, lepas pakai mesin. Urut pakai tangan pulak (manual) yang ni bestttttttttttt. I likeeeeeee bebeh.

Sebab yelahkan. Macam mana mesin sekali pun, urut tangan jugak yang buat kita rasa puas ye tak hehehe.

Dan terakhir sekali. bahagian lengan dan belakang badan dilumurkan dengan satu bancuhan yang berwarna hijau ni. Terus feeling hulk hahaha.

Disebabkan saya takde banyak masa, so sbb tu saya sempat buat 1 treatment je. Pastu terus pegi i-city uolsss.. Dan air teh halia ini adalah air wajib saya rekues. Ntah la. Saya suka pulak minum. Sebab pedas2 berangin gitewwwwwww.


Acara wajib lepas habis treatment adalah singgah di tutifruti :)


Ok jumpa lagi NEXT entry :)


dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?

Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

antalya said... [Reply to Comments]

ada harapan u menang ni. jumlah vote paling tinggi.sure yg lain tu xleh nk lawan dah.tahniah!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^