Follow Viruspadu

Thursday, August 25, 2011

Baju raya kelabu udah dalam genggaman

Yahoooooooooooo...

Minggu terakhir ni baru la saya merisaui yang saya takde baju raya lagi tsk tsk tsk.

Daripada minggu lepas try carik, tapi tak jumpa-jumpa. frust giler.

Kat office saya ni, ada bazar tau. Kelassss kan nok. Kemain kuat lagi lagu raya dengan dj dia bercakap. Sentaphatimaknak. Pasang lagu raya plak tu. Mendayu-dayu. Kang acik nangis lalu terus balik rumah lalu kena marah dengan bos. Memang salah dj tu bos. Memang salah dorang pasang lagu kuat2 lalu mengganggu jiwa mek hahahaha. salahkan orang nampakkk.

So semalam saya try la turun, tengok-tengok kalau ada baju kurung yang saya bekenan. Ok fine ada satu. Hati pun berbunga2 dah. Sekali saiz XS ok... diulangi saiz XS. Ni semua buat jiwa sentap lagi ni. Siyes. Dia ingat badan I ratu kerengge keee??? nak pakai XS hahaha. Mencik. Ihetchu!

Malam tadi, en.laloque ajak pegi ampangan. So pegi sana. Saya mmg dah set dah dalam minda saya ni. Jumpa apa2 kelabu. Belasahhh... Jangan dipikirin lagi.

Jalan punya jalan, apa kehal banyak nau kebaya kelabu lak ni. aihhhhhhhh...Memang dah set nak baju kurung taknak kebaya. So babai la ye kebaya. Walau kau cantik :p

Jalan depan lagi sikit, nampak satu baju kelabu. Tak test pun. Tengok saiz. Terus bayar je. Pastu terus balik. Ha giler gambel tak. pagi2 raya kang kalau tak muat. nangis la kau disituuuuu.

Sekian.

Oyye, petang ni berbuka puasa saya akan ke rumah kebajikan
Asrama Baitul Ummah
No 33, Jalan 3D/6, Taman Stapak Indah, 53300 KL
En Abudl Rahman: 019 6343786

siapa ada kat sana, yuk roger-roger yuk.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Puan Nad said... [Reply to Comments]

kak jem. patotlah saya cr kelabu pun tarak. semua tema silver ke ini tahun? last² tukar merah. Selamat hr raya n maaf xahir n batin yer kak jem.

kinna said... [Reply to Comments]

gile kuat derang psg speaker..lega hari ni dah takde..

sy ppon nk rembat jugak baju tu, tp size xs..mmg keciwa abes...bj raya kelabu takdak lg..huaaaa

Suzila said... [Reply to Comments]

XS...hehehe vp saya muat.hahahahha
jom2 kite diet sesama =)

.::: Princess MOMOY :::. said... [Reply to Comments]

alamak momoy selai pun xde lagi nih
nx week dh raya dah
jmeput singgah blog







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^