Follow Viruspadu

Wednesday, August 03, 2011

Bali Day 3 - Makan Malam

Bungee Jumping ni antara aktiviti yang paling teruja saya rasa sebab tu jugak entry untuk Bungee jumping ni yang terpaling banyak episode dia kan. Macam tak habis-habis hahaha. Lepas setel aktiviti ni pun kitorang berdua asik tergelak aje pastu kongsi perasaan masa terjun tu. Andrew pun buat tau bungee jumping. dia tu giler kot tak takut langsung. hahahaha.

Bangga dapat sijil okeh. Kau hadooooo?? #moodbelagak
kat sana, saya adalah takde perasaan langsung nak bercantik2, nak berstailo2, nak bermekap ke apa. Muka spalet giler. Pedulikkkkkk... lagipun suami bukan ada disisi pun nak cantik2 kan. ecewahhhh...

Sebenarnya masa ni adalah yang teramat penat sekali, tapi takpe... bila lagi nak sampai Bali ni kan. So penat2 pun kutelan jua. Kalau boleh saya taknak komplen sikitpun kat sini sebab kalau dah start komplen2 mesti perjalanan jadi tak best kan. So saya just ikut je apa yang Andrew dah plan kan. Sebab saya rasa buat planning ni bukan semudah yang kita tengok. Kalau kita dah plan baik punya sekali orang komplen kan. Tak ke berbulu je hati hahaha.

So malam tu kitorang berjalan kaki cari tempat yang plan utk pelancong punya aktiviti tu, untuk tengok apa yang kitorang boleh buat untuk esoknya pulak. Jauh jugak la jalan dalam 45minit macam tu. Saya dah stock jalan seret2 kaki dah. Jalan dari tepi pantai ke jalan raya kan. kasut dah penuh dengan pasir dah. Andrew la tolong kibas2 kasut saya buang pasir segala hahahaha... So lepas setel booking aktiviti semua baru la terasa perut lapar. Udah la nak mencari makanan halal kat sini kemain susah lagi. Tiap kali masuk kedai je mesti Andrew tanyakan "di sini makanannya halal ngak?" hahaha... comel :)... yelakan orang bukan islam tanya macam tu saya rasa kelakar pulak.

So kitorang decide makan kat sini... apa ke namanya... nnt saya tanya andrew lah siyes lupa. Tapi konsep bali dia macam Bora Asmara tu, tp opkos sini lagi cantik :)

Ini air avacado + coklat... yummehhhhhhhhh (lupa jugak nama dia apa) 
ok UPDATE : nama air ni adalah alpukat, tengs wyn :)


Makan Malam kitorang :)


Setiap hari kitorang sampai bilik dalam kul 12 tengahmalam jugak la, pastu sebelum tido diskas pasal esok punya plan dulu. Phewwwwwwwww... giler kentang punya penat.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

kak jemah makan salad jer ke? owh.. nom3!!

mummy Darin said... [Reply to Comments]

Cafe Kopi Pot kan... Kat atas meja tu Ada tulis Nama restoren..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^