Follow Viruspadu

Wednesday, August 03, 2011

Bali Day 4 - Diving

Hari ke 4, weols buat keputusan untuk Diving (lagi) ahak ahak ahak

Sebabnya adalah, Diving hari tu adalah sangat tak aci kan. Dah la masuk 20 minit je, pastu dah gelap pulak tu. Apa pun tak bleyyyyy... hahaha

Siyeslah rasa tak puas diving. Diving ni macam berhantu sikit kan. Sekali ngko dah try diving mesti nak turun lagi. sebab tu la ramai yang amik lesen diving ni kan :). Maybe sebab hidupan dalam laut adalah sangat cantik sebab tu la kita rasa nak diving lagi dan lagi dan lagi...

sayang betul saya tak pandai berenang, kalau tak saya mesti nak amik jugak lesen Diving hohoho

Lokasi kali ini harus la berlainan, hari tu kitorang diving kat nusa 2, kali ni kat.............. hahahaha lupa dah nama dia, nnt saya update nama tempat ni, kalau korang tahu sila la bgtau saya ye. Erm Tulamben kot :p

Kitorang satu group ada 5 orang. lagi 3 orang tu ntah sape2 ntah la. Pelancong gak la. Lupa dah dari mana. Andrew ingat la kot sebab dia sakan sembang... saya ni kalau orang tak kenal, memang macam ada emas la dalam mulut. Memang takkan la saya sembang beria kecuali ditanya hahaha. Perangai apakah kakjem ni :)

So, sampai2 sini, dorang bagi diving suit kat saya seksi ok (seluar pendek lagi). Saya memang takkan la pakai kan. Sebab semalam dah pesan dah saya nak yang panjang. Ada ke bagi yang pendek. Tak sesuai langsung. So kelamkabut la dorang cari yang panjang untuk saya. Sudahnya saya termenung

"U takut ke?" ~andrew tanya
"takde lah?"
"oooooooo i dah tahu, u risau suit tu seksi kan"
"hahahaha macam mana u tahu?"

lalu dia membebel2 lepas tu, sbb dia kata saya lg risaukan pasal seksi daripada nyawa saya dalam air hahahaha. Yelahkan malu okkkkkk kalau seksi...

"takde sape nak tengok u seksi"

hahahahaha...... kelakar... yelah kemain ramai omputih seksi seksa kat sana. takde dorang nak pandang kakjem nya hahaha... mencik!

Pastu akhirnya dapat jugak suit saya, dia bg saiz S ok. dah udah saya gaduh pasal saiz plak.

"saya taknak saiz S, saya nak saiz M"
"ngak pa pa, dicoba dulu"
"kecik la ni... seksi la nanti"
"ngak pa pa, dicaboin dulu"

yelah yelah

hahahahaha pasal suit je pun... kecoh ok. Saya muat2 je sebenarnya :)

Master yang akan bawak saya diving. Diving kali ni amik masa seharian ok. Bukan la sampai 8 jalam dalam air ok. No no no no no... tapi sejam pastu naik makan apa semua, pastu masuk balik :)

Ahlong Bukit Beruntung :p hahaha
Siyes jalan or makan sama2 dengan Andrew ni saya feeling macam tengah makan bersama dengan Ahli Kongsi Gelap hahahaha... Yelah sbb dia pakai subang dekat mata kan... seb baik takde tatu je. kalau tak memang full pakej dia ada hahaha. Andrew lu boleh gado ka?? hahaha tetiba.

Ok saya tunjuk kat korang bagaimana cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lautan ini :)



Ini lah nasib orang tak tahu berenang haha... kena pegang aje la



Ok satu jam selesai :)





Boleh tak saya lupa bawak tuala datang sini... oh demmmmmmmm hahaha... mula la sejuk giler kan. Pastu tanya kaunter kalau nak sewa tuala. Pun takde :(

"I ada bawak, U ambil I punya"

oooooooo penyelamat sangat2 :)... saya rasa saya je sejuk kat situ siap gigil2. orang lain elok je tak berbaju segala.

Lepas makan. rehat2. Masuk balik :)












best gilerrrrrrrrrrrrrrrr kan... Korang datang bali wajib tauuuu diving sini :)




Sementara menunggu yang lain bersiap :) saya menikmati pemandangan pantai. Best angin dia kuat.



Gambar kenangan dengan kawan-kawan baru :) (tapi nama pun tak ingat hahaha apaaaa pun tak bleyy)



:)

Ok dah tu je ...

Budget: Diving Tulamben - Rp 1,500.000 ++ (transport, food and drinks) utk 2 orang

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

cayalah VP...kenangan terindah ni....
tak reti berenang pun merasa gak buat diving dlm laut... perghh...sonoknye!

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

bestnyerrr diving...tgk dasar laut...cantek2..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

leez nie jgnkan diving, nak snorkelling pun ngeri! hu3.. apa pun tak buleh!

Zumie said... [Reply to Comments]

bestnya ..teringin nak diving..asyik snorkling je haha

linda said... [Reply to Comments]

Jemahhhh,


aku jeles :'(

ngahahahah, jelessssss!

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

banyaknyer ikan!!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^