Follow Viruspadu

Thursday, August 04, 2011

Bali Day 4 - Manicure Pedicure

Malam selepas Diving dan driver dah siap2 hantar kitorang balik hotel. Maka perut pun lapar. So balik2 bilik mandi dan tukar baju bla bla bla. Kitorang turun bawah hotel kitorang je. Oyye saya ada bagi tahu tak yang saya duduk kat hotel The 101 Legian? Ye saya lepak situ. Lepak situ adalah terbaik ok sebab turun2 hotel je semua ada kat situ, kalau ko jenis suka cocok bintang dilangit memalam mmg banyak giler la tempat hiburan kat sana.

Saya rasa ini jugak la kali pertama saya tengok disko depan mata sendiri hahaha. Dah 31 tahun hidup inilah pertama kali saya tengok disko live depan mata ok. Tapi tengok dari luar la, tidak la saya masuk ke dalam. Giler ke apa nak suh saya masuk. Sebab disko diorang open. So nampak la kat dalam orang tengok joget2 semua. Terkasima betul saya. Macam jakun pun ado hahaha.

So kitorang turun hotel je, ada satu kedai makan yang halal. memang dah lama usha situ tapi tak tersinggah, so sebab dah malas nak jalan, makan situ je lah. Macam biasa saya order nasi goreng je. Sebab takut nak order makanan yang lain. Ntah la kat sana, saya macam nak set dalam otak saya semua makanan adalah pelik sebab tu saya takut nak makan apa pun, so balik2 saya order nasi goreng ajo

Lepas habis makan, Andrew ajak saya buat Manicure hehehe. Ini jugak 1st time dalam hidup saya buat manicure pedicure hahaha. rasa segan pun ye jugak la sebab macam pemalas sangat tak boleh ketip kuku sendiri kan hahahaha. Tapi apa salahnya bermanja2 kan :) terai sajork. 

Comotnya saya kan :(

Sebenarnya saya malu giler ok, sbb kuku kaki saya kan macam tak cantik la sebab kan jalan dekat pantai kan, so pasir2 semua dah masuk dalam kuku hahaha. So saya pun siap ekplen kat budak2 tu. Siap cakap sori. Si Andrew asik gelakkan saya sebab saya ekplen tu hahaha dia cakap tak payah bagi alasan hahaha mencik ok.

Budget: around Rp 50.000 - Rp100.000

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

saya pun x penah buat lagi manicure pedicure ni :D

ArELeEz said... [Reply to Comments]

mane ade comot! kiut jer, ha..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^