Follow Viruspadu

Thursday, August 04, 2011

Bali Day 5 - ATV

Penah dengar pasal ATV??  Bukan 8TV atau pun TV9 yang kakjem masuk dalam rancangan saffiya tu ek hahahaha (motip?). ATV atau dikenali dengan nama panjangnya All-Terrain Vehicle atau nama lain lagi quad bike, three wheeler, atau four wheeler. Ha hambek ko punya la banyak nama dia. Tapi sebenarnya saya pun baru tahu tadi sebab baru je google hehehehehe.

Sori saya lupa pulak nama tempat ni hahaha... Andrewwwww komengaaa... Apa nama tempat ni ek???

Sebenarnya saya tak yakin sangat saya boleh bawak ke idak kan ATV ni. Pertama sebab dia besau. Pastu rasa macam... alamak haku tak tahu bawak motor, cemana nak bawak bendalah ni pulak??? Cemas-cemas. Rasa macam nak jadi pembonceng je kat belakang macam minah saleh2 yang ada kat sini. Tapi apakan daya kena jugak bawak sendiri.

Paling tak tahan adalah kena pakai kasut phua chukang ni ha. Dah tak takde stokin. kena pakai plastik balut kaki ok. Kelakar betul saya rasa. Pertama kali pakai plastik bungkus ikan dekat kaki.


Tengok! semuanya lelaki. Tetiba ada perempuan gemalai nak bawak ATV kan. Macam tak sesuai sangat saya rasa. Sebenarnya saya dalam hati je nak cakap dengan Andrew saya nak duduk belakang dia je. Tapi dah tahu dah jawapan Andrew macam mana

"u suppose to do it alone"

hahaha mencikk ok. so saya simpan je soalan tu dalam hati dan berpura-pura berani :p

Masa ni penerangan macam mana nak bawak, kat mana nak tekan mintak, kat mana nak tukar gear bla bla bla. Sikit pun saya tak faham hahaha. Lemb betul.

Bila semua omputih tu dah faham, dorang blah. Saya pulak tanya soalan-soalan yang sama berulang kali hahaha.

feeling nak pegi membajak sawah

Saya orang pertama... kelasssssssssss kan nok


korang tengok omputih tu siap berkaca mata ok. So nampak ganas je dia bawak atv kan. apasal saya bawak nampak lembik semacam hahaha.

Selesai.... dengan tangan yang merah-merah kesakitan huhuhuh. Dalam sejam jugak kot

Giler ko...

Bawak bendalah ni bukan semudah yang dilihat, kena pegang handle dia kuat2 ok. Tengok la jalan dia macam mana kan? Berliku2. Kejap naik bukit kejap turun bukit. Pastu kalau nak kona pun satu hazab jugak, dah la berat nauzubilah. saya sampai tak boleh tolak lah handle dia. buat gelak bebudak kat situ je. Dorang tengok saya bawak ATV macam tengok upin dan ipin agaknya hahahaha.

Ada cite kelakar kan, masa naik bukit kan. Sekali kaki saya tertendang gear kan. Habis terfree gear tau. Menggelongsor lah dia kebawah terus masuk dalam sawah ok hahahahaha... kelakar giler. Saya menjerit2 masa tu. Ada video dia, tapi video kat Andrew la... nanti dia pass kat saya baru saya upload kasik korang tengok ek.

Kakjem dan Ahlong bukit beruntung

Bercuci-cuci selepas berlecak.


Budget: ATV - Rp 600.000 for 2 including transport and lunch

ok tu je :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

berat la plak, ek? br b'hajat nak naik 1 hari nanti. kat sg klah ada.

KSWSK said... [Reply to Comments]

wa dah pernah try ATV ni..mmg kena pndai control..tang break dia tu plak lau main brek mengejut le terbabas...tp siok..hehehe

lily lotus said... [Reply to Comments]

haha oppss sori tergelak pulak :P sian kakjem tergelongsor,luckily tak teruk..ke teruk..tak sabar nak tgk video. kenangan terindah gitukan

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

atv adalah syiok. saya memula jadi penumpang. second round baru berani nak bawak. hehehehe

peej said... [Reply to Comments]

mula-mula macam scary. sebab memang berak je nak handle kan. tapi bila dah naik best kan. pija naik jugak masa kat krabi. tapi situ tak best. takleh bawak camera amik pic. so takda la pic. ada la dia jual pic. tapi sampai rm30. mahal. bestnya. if pergi bali lagi nak try adventure semua ni.

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

best tu bwak ATV...nmpk cm senang..tp berat ekk..

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

fuh berani nyer.. sy tgk TV yg beso kedabak tu pun da takut.. takut terbalik, dalar kecik.. haha *kecik ker..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^