Follow Viruspadu

Friday, August 05, 2011

Bali Day 5 - Surfing dan Keletihan Tahap Maksima

Nak cerita pasal saya belajar surfing, tapi gambar semua kat Andrew la tsk tsk tsk. So canne nak share dengan korang. Cuma ada gambar ni je kat saya. Ni masa dah selesai surfing dah ni. Sebab nak twit sekali dengan gambar kan, so sbb tu la snap gambar ni pakai i phone. Gitewww.

Gambar memang sengaja di blurkan, sebab saya rasa baju saya tu seksi hahaha. Sian andrew banyak kali kena snap sbb saya asik kata "taknak mcm ni, seksi, bg nampak separuh je" hahahaha. Padahal tak pun.

Budget: Surfing for 2 - Rp 350.000

Kitorang suruh master yang terer surfing ajar kitorang la. Saya tak igt untuk berapa jam punya belajar, samada 1 jam ke 2 jam macam tu. Yang pasti saya adalah penat giler sbb ombak dia kuat giler. Terpelanting2 saya dibuatnya :p

Meh nak share ilmu surfing saya dengan korang, ecewah. Ehem ehem saya dah berjaya surfing ok. Berjaya la berdiri atas board tu. Terer tak? Terer tak? Padahal tak tahu berenang kan. Belasahhhhhhhh...

Mula-mula kitorang diajar surfing atas pasir dulu. Step2 untuk baring dan bangun laju2 pastu imbangkan badan. Belajar yang tu aje dah 30 minit saya rasa. Punya la susah sampai gigil2 lutut saya rasa haha. Ulang2 buat benda sama sampai mahir. pastu baru la masuk dalam laut.

pastu kitorang diajar untuk pilih ombak mana yang sesuai untuk surf, bukan semua ombak sesuai tau. ada ombak2, kena pilih lah. 

Setelah 5-8 kali try, akhirnya saya boleh berdiri ok. GILE BANGGA disitewwwww hahaha. Memang tak terfikir saya boleh surfing. Siyesssssss. Bangga sangat tau. 

pastu letih kemain. sangat2 penat. pagi dah main ATV tu, petang surfing pulak. hari2 sebelumnya punya penat pun tak habis lagi tau huhu.

Pas setel, mandi tukar baju segala, kitorang balik jalan kaki je. Best kan hotel kitorang tu, semua dekat :)

Andrew yang paksa saya pegang perut hahaha... ni sumo tu kan. Comel je kan
Ehem, nak bangga sikit. Walaupun muka saya tembam, tp tgk perut saya hasil marie france :p takyah pakai korset ok lalalalalala



Ok tu kat belakang tu, nampak? Hotel The 101 Legian. Cantik kan :) Turun bawah je dah boleh makan dah. Yang penting WIFI free sampai ke bilik okeh. Tu yang penting.
Muka letih melampau2

Sebelum sampai kat sini, sebenarnya kitorang berjalan sampai ke hujung dunia tau nak cari tempat makan yang halal yang lain. Yelah nak cuba atlis lain2 tempat la hari2. Last2 sesat kau. Kaki dah penat sangat. pastu nampak sushi, terus masuk. Sekali tak halal jugak. Dem. hahaha. Penyudahnya tahan teksi balik. Tu pasal la muka dah jadi kemek macam tu. penat sangat punya pasal.

Tengah Update Twitter :)

Bila penat, apa pun tak boleh...
makan pun tak habis
Nampaknya esoknya memang tak boleh buat aktiviti berat sbb badan dah sangat memerlukan rehat :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

littlehumblelynn said... [Reply to Comments]

Selalu tgk org surfing dlm tv.mesti thrill kan?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^