Follow Viruspadu

Wednesday, August 10, 2011

Bali Day 6 - Jalan-jalan Bali

Macam terstop pulak kejap story Bali saya ni kan. Pertama sebab pemalas lipas hahaha. Kedua nya adalah sebab yang sama dengan sebab pertama. HAHAHA pendek kata memang kau pemalasssshhh kakjem :p

Jadi untuk hari ke 6 apakah aktiviti yang saya lakukan di Bali???

Kali ni santai-santai sajork, sebab badan saya siyes penat tak boleh blah. Kejap kena lambong (mail lambong pun tak kena lambong macam ni haha), kejap kena terjun, kejap kena masuk dalam air. phewwwwwwww mananya tak kejung acik ni haaa. Kepenatan. Siyes hari ke enam saya dah start selsema dan batuk-batuk dah. Badan tak ready ke apa, tetiba je kena kerja keras kan.

Maka, saya adalah jalan-jalan melihat Bali sahajork utk hari ke 6 ini.

Bali ni memang kebanyakannya adalah yang beragama hindu kalau tak silap saya. Islam tak ramai, maybe dalam 1/10 kot (statistik sendiri bikin). Jadi kat sana ada banyak temple. Saya berkesempatan melawat salah satu temple kat sana. Tengok dari luar saje, tak boleh masuk dalam :)


Gigih kakjem snap gambar :p 





Baheklah... semua gambar kakjem tengah snap gambar kan.. tapi gambar apakah yang disnap itewww???

Ni dia :)






cukup. tu je. Kalau tak silap saya nama dia Kawasan Luar Pura Taman Ayun. (tolong betulkan kalau salah)

Eh korang penah dengar pasal kopi luwak tak? Adakah kakjem telah merasainya?
Next entry ya.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

CT said... [Reply to Comments]

Bestnya dapat ksana..akk lom sampai lg...:)

Rina277 said... [Reply to Comments]

kopi luwak tu kopi taik musang..hehe..kopi paling mahal di sana..

cik hana . said... [Reply to Comments]

kopi luwak tu mmg paling mahal di dunia..tp kite boleh ke minum? kalo boleh pun tak lalu rasanye pasal dah tau punca nye dari mana..hehe..tp membe sy penah try and dia ckp sedap..hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^