Follow Viruspadu

Thursday, August 11, 2011

Bali Day 6 - Kopi Luwak

Destinasi seterusnya adalah mencobak kopi yang terpaling glamer seantaro dunia. Sebenarnya saya tak tahu pun sbb driver tu tanya kitorang minum kopi ke tak? So memang minum la kan. Dia terus bawak kitorang ke sini: Tegal Sari

Khas untuk minum kopi sajork. Saya terbayang macam stabak hahaha. Ok bayangan saya idok ler secanggih macam stabak tu, tapi konsep mcm tu la. Minum2 kopi kan. So ini la dia. Memang untuk minum kopi semata, kalau ko nak makan sandwish tuna, jangan harap! memang takde.

Korang tahu, minum kopi kat sini adalah FREE FREE FREE terbaik kannnnnnn. So kalau dah test, sedap. Maka boleh beli. begitu.

Semua bisa terai, kecuali kopi luwak, bapak mahal! hahaha... Secawan je ntah berapa Rp tah kena bayar, idak la ku ingat, Saya macam biasa hanya memandang hairan terhadap semuanya kekeke 

Air tu dorang la bancuh, cakap je nak minum apa. Dah semua diam, last2 dia buat semua bg kitorang try. Dan seperti biasa saya jugak hanya memandang pelik terhadap semua cawan2 tersebut. Walaupun dah dioffer banyak kali. Saya pura2 pegang cawan macam saya minum kakakakaka. Giler penakut kakjem. Ntah la kalau kat Malaysia saya belasah ajo kopi. Tapi ntah la. (harap korang faham dalam hati)
 Pelbagai jenis kopi free

Lepas tu saya tanya la, apa sebenarnya kopi luwak tu? Rupanya2 ini lah dia... tsk tsk.
 
 Sebelum tu andrew memang ada bgtau saya pasal ni, tapi saya terlupa. Bila dah sampai sana. 
wahhhhhh ini kah dia.

Kopi Luwak ni yang saya faham, ada seekor binatang macam musang ni. Dia akan makan kopi. Kopi yang dia makan dia akan pilih hanya kopi2 terbaik sahaja. So bila dia dah makan lalu dia berak. Dia akan berak kopi2 yang dia makan tadi. Tapi sbb kopi2 tu semua tak hadam, dia keluar elok je bulat2 kopi tu balik (agaknya). So daripada tu, kopi tu dorang akan cuci dan proses dan terjadi lah kopi luwak. begitu. (kalau cerita saya ni salah, tolong betulkan ye)

Kopi Luwak

Ini dia yang macam musang tu, ntah hape la nama dia. Keje dia tido je siang, malam baru dia jaga kot

Kawan2 kat sana. Nampak saya dah berdiri??? sebenarnya saya dah tak sanggup nak tengok so konon2 nak jalan kat belakang hahaha. pastu dorang ajak amik gambar :p sebab tu la saya berdiri je tu.
 Tu Andrew selambe je minum. Dia tu memang hebat, apa pun dia berani cuba. Dia kata memang sedap kopi luwak tu, rasa dia lebih halus daripada kopi biasa. ooo ok. Sedap ye, takpe takpe, terima kasih. hehehehe.

ok tu je.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

KSWSK said... [Reply to Comments]

bl terkenang kopi tu dah diberakn oleh menantang..harus la tak lalu kan..hahahahha

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

kopi taik musang..hehehe...penah buat entry ni dulu..

http://www.kancilbiru.com/2011/03/kopi-luwak-kopi-taik-musangsanggup-ke.html

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

halal ker ? erkk..

Emmy said... [Reply to Comments]

tp mmg katanya haram kan minum kopi luwak ni? entah la...kena tny alim ulamak...

Rina277 said... [Reply to Comments]

yg saya tau kopi luwak ni haram bagi umat islam..leh try surf hal ni kat tenet la..tapi kopi lain2 tu sume saya try masa kat bali dulu..maklom la penggemar kopi tegar..hehe..

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

mujur kak jem xtry..
selamat2..

Alida Ali said... [Reply to Comments]

Rasanya kopi tu tak elok utk org islam minum kot...rasanya la pernah dgr..slh minta maaf ye...

shidah said... [Reply to Comments]

tau pasal kopi luwak ie masa tgk BORDER SECURUTY kat astro 732..masa tue terfikir..alamak...ada ker org yg minum..rupanya kopi nie popular n harganya sangat2 mahal..hehehehe..tp, rasanya saya pun x blh nak minum la...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^