Follow Viruspadu

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka Puasa dengan Blogger(s)

Masih ingatkah korang saya buat entry pasal ajak berbuka puasa sama-sama dekat belog hari tu. Yang saya ajak berbuka puasa dekat depalma shah alam tu. Ingat? Tak ingat sudehhhh #sentaphatimaknak hahahaha

Baheklah, berbuka puasa ni sebenarnya idea daripada makcik green apple. HAHAHAHA. terus panggil makcik sebab jeles tengok dia malam tu hahaha. Siyes kajol. Tengok dia kat belakang, adakah gojes? yes memang :p sampai segan saya nak bercakap pun ye :p

Kitorang anak-beranak bergerak dari seremban. Gerak kul 5.30 macam tu. Almaklumlah orang jawuhhhh. Orang dokek dokek kok yo buleh keluar rumah kul nam setengah yo tak. Lagi pun dah plan lepas berbuka puasa terus nak pegi jaga booth kat seksyen 13 shah alam nun. So memang sekali jalan lah tu.

Sampai-sampai dePalma jugak, ngam ngam la. Tapi tak terus naik tunggu si ceera dulu. Seganla acik kalau ceera takde. Kalau ceera ada dia lg segan hahaha. nyampah! So dalam kul 7 mcm tu ceera sampai, terus gerak. @Di_Green_Apple memang dah sampai, dia dah bbm suruh naik tingkat atas.

Memula masuk dePalma tu rasa macam ok je la. Sekali naik tingkat atas. Ha hambek kauuuu.... berlaga2 pungkok dah. Nak jalan memang kena menggunakan hikmah pemecah bayang pengempis perut dan sebagainyalah. Kerusi meja dorang susun rapat2. selagi boleh sumbat meja la dorang sumbat. Haiyoooo dePalma, plis la weiiii... Tak bahek tau layan orang lapar nak bukak pose macam ni. hahaha. Tapi takpe. Mek cool aje sebenarnya.

kakjem feat kajol. hahaha boleh plak gambar macam ni ye :p

Makanan kat dePalma ni, boleh tahan. Sedap jugak. Cuma saya tak dapat makan sangat, biasalah kalau makan kat luar memang saya tak dapat makan sangat pongggg. Dah terbiasa dah. Korang tengok cemana anoi tu melekat aje kat badan saya. Macam ada gam. Itu belum lagi kalau saya tak faham permintaan dia. Amukan dia macamkan macam lepas kena lempang dengan omak kau ni hahaha.

Kat sana, tetiba dia nangis kuat. Tak tahu apa punca. Dia depa tangan. Saya ingat nak dukung. tetiba amukan. rupanya2 nak air. Haihhhh menguji kesabaran sungguh. Tunggu besar sikit mama sekeh je hahaha.

motip gambar ni?

Sampai-sampai, duduk. memula saya tengok keliling kot2 saya kenal or familiar. Ok memula salam2 dengan elly dan kawan dia. Then baru nampak filla dengan suami dan anak-anak. alololo kurus betul beliau. tembam sungguh anak beliau :p . Then saya blur tak sudah hahaha.

Makanan jauh ke hujung alam kot. En.laloque gi amik makanan. Saya duduk jaga beg dengan anoi. Sampai azan berkumandang pun en.laloque tak balik2 ke pangkal jalan hahaha. Jauh nau makanan atau pun panjang nau beraturnya. Ontah. Tak sanggup nak gi tengok :-) mujur ceera amik air lebih. Then minum air dia je dulu.

Sebenarnya makan-makan tu perkara ke tigaplohnam. Perkara yang pertama adalah nak jumpa blogger2 hahahaha... So acara wajib walaupun kitorang (saya utamanya) tak banyak cakap, tapi kitorang mesra di dalam kamera hahahaha. kelassss kau kak jem :p
@Di_Green_Apple @AnnaAbdulHamid @viruspadu

ok diorang semua cantik-cantik kan, lalalalala... Suke saya menengok nye. Sejuk mata memandang

@AnnaAbdulHamid @fillanie @viruspadu @ellyirfan  

kat sana, selain melayan anak, saya tengok je gelagat semua blogger. hikhikhik. Macam mana dorang bercakap, macam mana dorang bla bla bla. Semualah maknanya. Lepas tu terbayangkan blog dorang macam mana hehehehe. so sweet. Mereka memang baik-baik. Patut saya suka baca blog dorang. Takde pun yang kekwat feeling diva ke apa ahaks =p



@Di_Green_Apple siap bagi buah tangan ok. Awwww malu... kita datang tangan kosong je, takde bagi pape pungggggg... Sedap sangat kot cookies dia, sbb saya tak dpt merasa. Anak2 dah bedal dalam kereta hahaha. Mencik... Siapa yang order cookies dengan dia mesti tahu sedap dia macam mana kan... terbahek kot. So tahun depan raya, korang boleh order dengan dia lagi ek :p





Dah berbuka puasa makan dan sembang-sembang, ceera dah cuit2 saya ajak balik dah. hahaha. dia tu cakap sendiri taknak tau. ahkakkkkkk yang pemalu ini jugak kena cakap. So moh la kite amik gambar reramai dulu. bukan senang mek nak jumpa blogger gayak gini kan. Blogger2 kegemaran I pulak tu.





@HanimJamel @AnnaAbdulHamid @fillanie @Di_Green_Apple @ceeramoon @viruspadu @ellyirfan Eila Zahari, Haryani hamdan, (yang lain ada twitter tak ek?) wahhh sekarang promote twiiter je. 

Ok tengs @Di_Green_Apple sebab berusaha anjurkan berbuka puasa ni, lain kali kalau buat lagi, insyaAllah saya join. Sebab betul2 senang dengan @Di_Green_Apple, dia bbm kitorang kalau ada apa2 hal. Terbahek sungguh.

Kepada kawan-kawan lain, semoga kita jumpa lagi. Korang memang best. Lepas ni kalau terserempak can cemolot wannn... :p 
 

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

11 komen[s]:

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

cam xcaya je kak ceera xbyk mulut. masa g kenduri kawen dia tu rasa dia byk gak mulut pandai je dia melayan.. :D

Rinah said... [Reply to Comments]

Happening sungguh majlis berbuka puasa korang!!!

Masni Syafie said... [Reply to Comments]

meriah majlis iftar =)

A.I said... [Reply to Comments]

Adoii, aku lak x dpt nk menyibokkan diri ngan kowang haritu. huhuhu. kalau x, bleh jmp ngan kowang kt sana..lelaga teteks =)

ArELeEz said... [Reply to Comments]

kak jemah pun gojes jugak apa..?!! ;)

green apple said... [Reply to Comments]

apa motif 2 gamba yang awal tu, gamba kau dengan aku terselit di hujung sana?

hehe

viruspadu said... [Reply to Comments]

@green apple

Gambar tu takde motip, dah tu yang ado. Belasahh

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

penat den komen pagi tadi, dah lah guna bb..perghh error! apa nak cakap? hah, kak jemah dalam blog kemain lagi dia pungpang citer..hahah.. tapi sebenarnya pemalussss... tunduk jer.. suara pon lembutt nawww.. ai pon jadik pemalus terus..haha..neway best jumpa jemah..ada rezki jumpa lagi leh sembang lebih sikit yek???

viruspadu said... [Reply to Comments]

@Filla ~ Kasihs hahahaha segan yang tidak boleh dibendung lagi. Cubaan nak buat rock2 pun tak jadi (jgn percaya)

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hehe bestnya gathering.. tp tak kenal sme yg join tuuuu tu la pasal segan :P

lily lotus said... [Reply to Comments]

best banget. camne leh terlepas event ni. ishk2 sungguh,hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^