Follow Viruspadu

Monday, August 15, 2011

Booth Sh0ppink di Shah Alam Seksyen 13

Minggu lepas-lepas, bukan sabtu ahad yang lalu tau, tp lepas-lepas punya minggu. Itu la pertama kali saya dapat jejakkan kaki bersama-sama kaklang and akak and fatin and abanglang saya jaga booth kat sana. Kul 2 petang saya dah sampai dah. Sekali takde pun booth lain yang bukak. So macam pembaziran waktu pulak. So terus balik rumah alang, kul 5 macam tu baru bukak balik.

Saya adalah sangat tidak sihat masa tu. Tapi pendam dalam hati sajork. Yelah asik kau je tak sihat kan. Malu la sikit hahaha. Masa ni en.laloque dan anak-anak adalah balik cheras berbuka rumah mak. Saya je la yang lepak situ. Nak berniaga adalah tak manis anak-anak ada sekali hahaha.

Baju-baju di booth sh0ppink

Booth sebelah kitorang yang belah kanan kot, kosong tau. Maka kitorang amik kesempatan gila kuasa letak baju2 kitorang kat sebelah jugak muahahaha. Kang kalau tuan dia datang kang, kitorang amik la balik.

dalam kul 6.45 macam tu, saya dengan akak cari makanan utk berbuka dulu. Ala dekat sajork gerai2 makanan dia, depan tu sajork. Saya beli nasi campur. Jeli kepala dengan air bandung. Pastu akak ajak nak jalan2 tengok kat depan2 sana lagi tak, kot la kenan kan.

"takyah la kak, kedai dekat2 ni je dah lah"

hahahaha dasar kelembikan kau.

So lepas tu baru la kaklang n the gang pulak beli makanan. Alang heibat, berbuka puasa laksa sajork. Perut kebal kata ko. Saya mesti cari nasi jugak. Dan sekarang dah terkenang2 plak laksa tu, katanya sedap sangat, sampai kaklang hari2 lah berbuka laksa. sentap macam ni. nak jugakkkkkkkkk.

Air mata kucing yang sampai sekarang terkenang2

waktu berbuka saya banyak minum dari makan. Abis la air kaklang tu separuh kot saya yang perabih. Pastu air bandung saya tu konon2 nak share dengan akak. konon aje lah. last2 saya bedal sampai habis hahaha. Kat sana kan panas giler. Memang ingat nak air je. Kagum dengan kaklang n team sebab bertahan hari2 macam ni. respek.

Lepas habis makan, kemas-kemas. dan bermula la perniagaan. Masa tu tak ramai lagi kot orang jalan-jalan tengok baju. Ramai jugak. Tapi banyak yang datang tengok-tengok. Yang beli terus adalah jugak.

Saya ada bgtau kan, booth saya sebelah booth kak nani rostam. Ada tak saya cakap? Ada kan. Memang biasanya kalau kitorang datang, kitorang akan bukakkan dua2 sekali (booth sh0ppink n kaknani), kalau tutup pun sama. Terima kasih abanglang yang gagah perkasa hehehe
Kak nani jual koleksi raya Hanis Zalikha dengan kuih muih (betulkan saya kalau saya tersilap). Kuih dia sedap. Rugi kalau tak beli :p

Then Ahad tu saya hanya dapat pegi malam je, tu pun pegi menyinggah. Memang sebenarnya nak pegi kul 4 tu ikut akak, tapi en.laloque takde dan takde siapa yang berani nak jaga anoi hahaha. Anoi tu osah kuat nangis, memang takde siapa yang berani.

"boleh tolong jagakan anak andak tak?"
"kalau dia nangis canne?"

haaaa... kan... biasanya dengan siapa-siapa pun, kalau saya tanya. itu la jawapan dia. So saya faham lah =)

Minggu lepas pun tak dapat pegi, sbb yang sama. Anoi. huhuhuhuh. Sori kaklang and akak. Sori dari lubuk hati andak. eceh.







Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

canteknyerr kak nani...N suke bace blog die...kirim pavlova satu!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^