Follow Viruspadu

Wednesday, August 17, 2011

Cowboys and Aliens

Minggu lepas, dapat invitation daripada nuffnang utk tengok Cowboys and Aliens kat klcc. Tanya en.laloque nak pegi ke idok. Terus dia setuju. Yeayyyyyy. Lama giler ok tak tengok wayang rasanya. Tak sabar tunggu anak-anak besar dan tak meragam. Tengah2 malam pun boleh ajak tengok wayang kan. Rasanya lagi 2 tahun nanti dah boleh lah. Masa tu anoi dah 4 tahun dah huhuh #berangan. Eh kalau anak-anak dah besar, macam-macam kot aktiviti dah jadi senang kan. Nak bawak main boling pun best. Semua best la ecece #beranganlagi.

Cowboys and Aliens

Cerita dia mengesahkan, Aliens ni nak curi emas dekat bumi. Pastu aliens ni culik manusia dan buat kajian tentang manusia dan kelemahan2 manusia lah. Cerita ni memang pelik dan tak logik kan. Tapi saya puji jalan cerita dia menarik.

Cerita dia ada saspen, ada sedih, ada kelakar. Cukup sifat. Memang tak boring tengok dari awal sampai habis. En.laloque pun tak tido ok hahaha. Kagum saya tengok =)

Saya tak nak cerita lebih2 (padahal tak pandai nak cerita), korang kena tengok sendiri. Tapi tak tahu lah kalau tgk wayang dengan tengok kat tv maybe kebestan dia dah kurang 20% hahaha. Macam cerita KaraK hari tu la. Masa saya tgk wayang saya rasa takut giler, sampai nak terkoyak la baju en.laloque saya tarik. Tup2 yang tengok kat astrofirst kata tak takut langsung hahaha. Ntah la feel dia dah lain kot :p

Gambar2 saya kat KLCC semua dah di delete oleh tokei kamera lalalala. Maka itu aje la ye.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^